21/01/2018

Azmin Ali Sudah Tunjuk Dia Lebih Sayangkan PAN Berbanding PAS



Memang pakatan pembangkang adalah pakatan wayang. Akhirnya topeng muka penuh pura pura Azmin terhadap PAS di Selangor sudah ditanggalkan. Azmin sudah tunjuk isi hati sebenarnya. Siapa yang lebih Azmin sayang, antara PAS dan PAN. Azmin pilih PAN.

Semuanya bermula pada 14 Januari 2018, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor dipecat sebagai dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Azmin Ali bertindak demikian untuk membalas dendam tindakan PAS tidak melantik orang PKR sebagai penyelaras pilihanraya di Kelantan. Selain itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terpaksa mengadap Sultan Selangor untuk mengadu mengenai peruntukan wakil rakyat PAS yang telah disekat Azmin.

Azmin Ali ada membuat penafian bahawa dia menyekat peruntukan wakil rakyat PAS, namun penafian Azmin itu dibidas oleh penyokong PAS bernama Hanisya Abdul Hamid di facebook yang menulis demikian :

“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?

“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,” kata Hanisya.

Politik kayu tiga Azmin ini akhirnya memakan dirinya sendiri. Tahun lepas lagi, Azmin sudah main kayu tiga untuk pujuk Hadi Awang, kemudian selang enam hari sahaja Azmin jumpa pula dengan Mat Sabu untuk bincang tentang pilihanraya.

PAN adalah "isteri yang sah" manakala PAS pula sudah jadi janda setelah berkuburnya Pakatan Rakyat dalam pembangkang. Sudah sah “bercerai” bila PAS sudah tiada lagi dalam pembangkang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor.

Hayat "janda" yang bernama PAS ini memang tidak lama. Seperti yang sudah dijangkakan, menyekat peruntukan wakil rakyat PAS adalah tanda awal “janda” bernama PAS ini akan dihalau keluar dari rumah Azmin.

Secara rasminya dalam PRU14 nanti, bermulalah proses menghalau keluar janda. Azmin akan ikut cara DAP di Pulau Pinang. Pecat dan halau keluar PAS dari kerajaan negeri selepas tidak diperlukan lagi.

Taja orang orang PAS agar keluar PAS dan tubuh parti baru bernama PAN. Jadikan PAN sebagai proksi baru DAP yang mudah dikawal dan mudah disuruh. Senang disuruh untuk “screw” Melayu dan ‘screw” balik PAS. Inilah agenda DAP menubuhkan PAN.

Azmin tidak boleh lari dari perancangan besar yang dirangka DAP ini. Azmin kena terima dan ikut sahaja apa yang DAP rancang dan mahu. DAP mahu anjur pesta arak, Azmin ikut sahaja. Ini kerana DAP adalah abang besar kepada pembangkang di Malaysia dan juga di Selangor.

Tiga Exco PAS iaitu Iskandar Samad, Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib yang sedang sedap 'berselera menikmati dedak' RM20,250 sebulan pemberian Azmin di Selangor menanti hari sahaja untuk diterajang keluar dari rumah Azmin. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berada dalam makan sedap sedap dalam rumah Azmin.

Mat Sabu, Khalid Samad, Hanipa Maidin sudah mula berangan angan hendak ganti tempat mereka. Betapa bodohnya Exco Exco PAS ini. Masih lagi mahu “menjilat” Azmin tatkala PAS kena maki dan dikafirkan oleh ketua baru pembangkang iaitu Mahathir.

Menyekat peruntukan wakil rakyat PAS ini akan menyukarkan wakil rakyat PAS yang sedia ada untuk memberi khidmat di kawasan mereka. Maka apakah ada kebarangkalian, dalam diam diam Azmin menaja bakal calon PAN dengan menggunakan dana yang disekat itu? Ada kemungkinan.

Azmin sudah tidak kenang lagi jasa PAS semasa Langkah Kajang dulu. Tidak kenang lagi PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar berbanding Wan Azizah. Azmin lebih sayang PAN, kerana PAN lebih banyak dana dan duit dari poket DAP.

Rakyat kena ambil kes pergaduhan PAS dengan Azmin Ali di Selangor ini sebagai satu pengajaran. Moralnya, pakatan pembangkang yang ada di Malaysia ini hanyalah sementara sahaja. Mereka tidak ikhlas antara satu sama lain. Dulu di Pulau Pinang pun sama, DAP bergaduh dengan PAS.

Perkara sama akan berulang di peringkat pusat. Pembangkang hanya mampu namakan jawatan PM sementara dan TPM sementara. Tidak berani namakan langsung senarai penuh “shadow cabinet’ mereka. Mana boleh namakan, kerana satu hari nanti mereka akan bergaduh dan bergasak sakan hendak berebut kuasa nanti.

Itulah yang terjadi di Selangor. Lepas satu sandiwara, datang lagi satu sandiwara. Rakyat Selangor sudah dua penggal kena tipu dengan pembangkang. Sudah sampai masa beri balik pada Barisan Nasional untuk terajui Selangor.

K7L : Kembalikan kepada BN!

LGE Guna Skill Mahathir - Konsesi Tol Terowong Penang Untung Besar?



Mungkin ia konsesi tol ‘terbaik’ dunia. Seperkara lagi hal yang memeranjatkan berkenaan projek Terowong Pulau Pinang adalah berkenaan dengan perjanjian konsesi tol yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada SPV Terowong, yang membenarkan SPV untuk melakukan kutipan tol selama 30 tahun.

Dalam perjanjian konsesi tol secara kebiasaannya, syarikat konsesi perlu membiayai pembinaan projek insfrastruktur mereka sendiri dan melakukan kutipan tol bagi mendapatkan semula modal pelaburan serta keuntungan mereka.

Bagaimanapun dalam kes perjanjian Terowong Pulau Pinang ini, Kerajaan Pulau Pinang telah melakukan pembayaran penuh kepada pihak SPV untuk kos pembinaan terowong dan mereka juga membenarkan syarikat tersebut untuk melakukan kutipan tol selama 30 tahun – dan ini menjadikan perjanjian tol tersebut sebagai perjanjian tol yang paling berat sebelah di dalam sejarah dunia.

Syarikat SPV tersebut bakal mengaut keuntungan hasil dari pembinaan terowong, membangunkan tanah utama perairan negeri yang diberikan sebagai bayaran kepada projek tersebut serta mengaut lebih banyak keuntungan melalui hasil tol selama 30 tahun.

Pada dasarnya – mengaut keuntungan demi keuntungan serta keuntungan yang berlebih-lebihan.

Ketepikan janji Pakatan mengenai tentangan mereka terhadap tol, jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai mengapa SPV masih dibenarkan melakukan kutipan tol selama 30 tahun walaupun pembayaran sepenuhnya untuk pembinaan terowong tersebut telah dilakukan juga berbau mistik.

Ujarnya, “Jika tiada sebarang bayaran tol dikenakan, maka semua orang akan menggunakan terowong tersebut berbanding dua buah Jambatan Pulau Pinang sedia ada yang mengenakan kutipan tol.

“Kerajaan Persekutuan akan menggila sekiranya kami tidak melakukan kutipan tol. Kami akan dituduh sebagai mensabotaj kedua-dua jambatan tersebut dan berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah.”
Jika anda merasakan bahawa Lim Guan Eng hanya bergurau, berikut merupakan jawapan rasmi yang dikemukakan beliau di dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengenakan tol bagi tempoh hanya 30 tahun kerana tidak mahu timbul sebarang pertikaian dengan Kerajaan Persekutuan atas sebab tidak mengenakan sebarang caj tol, dan menyebabkan Kerajaan Persekutuan mempunyai alasan undang-undang untuk menghentikan projek terowong tersebut dengan mendakwa bahawa kami sengaja mensabotaj kutipan tol bagi jambatan ke-2. Ia merupakan sebab mengapa kerajaan negeri telah membuat ketetapan kadar tol bagi terowong tersebut pada kadar yang sama seperti jambatan ke-2.”
http://www.malaysiakini.com/letters/224533

Gambaran yang diberikan adalah seperti sebuah Hospital Swasta mempunyai hak untuk menyaman Hospital Kerjaan kerana memberikan perubatan percuma.

Tiada apa yang boleh menghentikan kerajaan dari memberikan jalan alternatif yang lebih murah atau bebas tol berbanding jalan sedia ada. Alasan yang diberikan Ketua Menteri Pulau Pinang ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

Pada awal 2016, setelah diberikan tekanan hebat oleh Pengarah BNSC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk mengubah projek terowong tersebut kepada jambatan tanpa tol.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah satu usaha sepenuh hati keana selepas itu beliau hanya menulis surat ‘memohon kelulusan’ sepanjang 2 muka surat kepada Menteri Kerja Raya tanpa sebarang dokumen sokongan, walaupun telah berulang-kali diminta untuk mengemukakannya sepanjang lebih dari 1 ½ tahun.

Sumber : Eric See-To.

#UndiRosak - Protes Mereka Yang Tidak Setuju Dengan PKR-PPBM


 

Ternyata keluarga Anwar Ibrahim telah membuat kesilapan palong besar dalam hidup mereka apabila bersetuju untuk menjadikan Mahathir sebagao calon Perdana Menteri PH. Biarpun dikokok hanya sementara, ramai yang selama ini menyokong PKR akan membuat undi rosak.

Izzah kini dengar cerita sudah tidak lagi berkempen di Lembah Pantai kerana bimbang dirinya kalah akibat protes reformis 1998. KL ini penuh dengan reformis suatu ketika dahulu dan Izzah sendiri digelar Puteri Reformasi waktu itu.

Tetapi kita akan lihat ramai yang akan tumbang kerana keputusan mereka untuk menerima masuk malahan seolah-olah meletakkan Mahathir sebagai 'kepala paling besar' dalam Pakatan Harapan biarpun dia bukan Presiden PPBM.

Kita tunggu dan lihat ramai yang akan mengalami 'panic disorder' selepas kiraan undi dilakukan. Reformasi 1998 hanya dongengan atau perjuangan PKR? Ingat tak Deklarasi Permatang Pauh dan pekikan Undur Mahathir daripada Anwar?

K7L : Sehingga hari ini masih bergema jeritan Undur Mahathir...

Mahathir Kena Sound Tepek Dengan PAS?



Apa punya gelojoh Mahathir ini sampaikan dia sudah terlalu terdesak untuk dapatkan undi PAS. Tetapi bunyinya terlalu sombong dan angkuh sebab sudah jadi sifat lagaknya tak ubah macam Firaun.

Sibuk sangat nak merendah-rendahkan PAS yang sememangnya menolak untuk bekerjasama dengan Mahathir, Sebenarnya Mahathir rasa tercabar apabila Anwar Ibrahim yang dipecatnya dahulu berjaya pujuk PAS duduk semeja dengan DAP.

Tetapi Mahathir merasakan dirinya gagal dan tercabar apabila PAS berkeras untuk tidak mahu bekerjasama dengan PH. Apapun kita akan lihat PPBM akan tumbang kerana tiada ikon sesuai untuk mereka ketengahkan.

Parlimen bukan satu eksperimen sepertimana Mahathir suka buat. Apapun bising-bising pasal siapa PM pilihan PAS, kena dengan MB Kelantan senyap terus Mahathir. Ada logik juga kata Nik Mohd Amar, belum mengandung dah tanya nama anak.

K7L : Dia kisahkan boboi je.. kih kih kih..

PM Sementara - PPBM Pun Sementara Juga!



Segala galanya hanyalah sementara sahaja dalam pakatan pembangkang. Jawatan PM sementara, agenda parti sementara, entah entah pakatan pembangkang pun hanya sementara sahaja. Lepas PRU14, entah nama apa pula akan diberi kepada Pakatan Harapan nanti.

Semalam, Malay Mail melaporkan Syed Saddiq, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mahu membuka keahlian PPBM kepada semua kaum, dalam masa dua penggal atau 10 tahun.

Hasrat Syed Saddiq ini jauh sekali menyimpang dari matlamat ketiga PPBM sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan parti mereka iaitu “mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum”.

Ini kerana, pada awal penubuhannya, PPBM memang meniru UMNO dengan asas PPBM kononnya untuk berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Tak sangka rupanya perjuangan berkenaan hanya sementara sahaja. Dalam satu temubual dengan bersama Radio BFM beberapa hari lalu, Syed Saddiq menyatakan PPBM sudah bersedia untuk menjadi sebuah parti pelbagai bangsa. Buktinya adalah di peringkat pemuda parti, Syed Saddiq sudah lantik  ahli bukan bumiputra menjadi exco pemuda parti.

“Parti berasaskan sebuah kaum sahaja tidak akan bertahan lama. Sepertimana saya katakan secara terbuka kepada media dan kepada pemimpin tertinggi parti, saya jangkakan setelah kita mengambil alih Putrajaya, dan melakukan reformasi institusi di seluruh media dan memastikan pendidikan tidak lagi berasaskan kaum, saya rasa dalam tempoh 10 tahun atau dua penggal, BERSATU (PPBM) akan membuka keahlian kepada semua kaum,'' katanya.

Bukan sahaja dalam hal keahlian PPBM, malah pendidikan juga mahu dilakukan `reformasi'. Syed Saddiq menggunakan ayat yang cukup dibenci oleh Mahathir suatu masa lalu, ketika dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Jadi selama ini penyokong dan ahli parti berkenaan telah ditipu dan diberi harapan palsu iaitu PPBM akan memperjuangkan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera. Rupa-rupanya perjuangan itu hanyalah  sementara sahaja.

Mesyuarat sayap pemuda pun tidak diadakan. Pergaduhan dalam pemuda PPBM pun gagal dselesaikan, hendak buka ahli PPBM kepada bukan Melayu pula. Nampak sangatlah Syed Saddiq ini gagal, ahli tidak ramai, mesyuarat tidak buat. Kemudian bila tiada sambutan, mahu buka keahlian kepada bukan Melayu pula.

Jelas di sini, semua benda merupakan `sementara' sahaja bagi Pakatan Harapan, khususnya PPBM. Jika pengerusinya adalah Perdana Menteri sementara, kini perlembagaan parti itu juga adalah sementara. Yang kekal adalah perjuangan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Kalau buka kepada semua kaum, PPBM akan jadi parti seperti PKR. Bersaing pula dengan PKR yang berbilang kaum. PPBM sudah hilang punca dan hilang arah, halatuju parti sudah jadi bercelaru dan lintang pukang.

DAP sahaja yang masih kekal konsisten dengan konsep Malaysian Malaysia. DAP tidak tukar pun prinsipnya terhadap hudud dan Malaysian Malaysia biarpun sudah berkawan dengan Mahathir. PPBM dan Mahathir yang tukar prinsip, anggap DAP kini suci murni dan tidak rasis lagi.

Suatu ketika dulu, masa mula mula tubuh PPBM bukan main gah lagi Syed Saddiq dakwa sudah edar habis 200,000 borang keahlian. Sementara itu, Khairuddin Abu Hassan, orang kanan Mahathir mendakwa ada 6 juta orang akan masuk PPBM.

Kini bila sudah setahun lebih ditubuhkan, mana dia ahli yang 6 juta orang itu?

6 juta orang tiada, yang ada hanyalah dinosaour yang tua bangka. Masih belum pupus biarpun tarikhnya sudah “expired” macam roti gardenia.

Sudah ramai lari dan lompat keluar dari PPBM. Mereka yang lompat ini sudah nampak apa agenda sebenar PPBM. Tidak lain dan tidak bukan agenda PPBM adalah semata mata kerana hendak perjuangkan agenda peribadi Mahathir. Agenda untuk jadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Kini Syed Saddiq sudah buka pekung bahawa parti PPBM pun tidak akan tahan lama. Silap silap sebelum Syed Saddiq hendak buka keahlian itu, parti PPBM pun sudah tiada lagi. Kalau kalah besar dalam PRU14, melingkuplah parti PPBM.

Hari ini pun sudah ada 400 aduan pasal PPBM terhadap ROS. Tunggu masa sahaja disiasat. Pelik sungguh parti bunga ini. Boleh mesyuarat agung tanpa perwakilan yang sebenar. Boleh mesyuarat agung tanpa buat mesyuarat cawangan terlebih dahulu.

Parti bunga sudah semakin lingkup. Satu persatu kelopaknya sudah gugur jatuh. Bunga yang disangka wangi itu sudah mengeluarkan bau sebenarnya. Busuknya tidak dapat dilindung lagi. Semuanya hanya sementara, jawatan PM sementara dan agenda PPBM pun sementara sahaja. Jangan terpedayalah dengan agenda bunga.

K7L : PPBM ni bungkus kalau Mahathir goal..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk