02/05/2013

Hati-Hati Dengan Penyamar SPR Yang Datang Ke Rumah! #TaktikKotorPR #PRU13




Lelaki atu perempuan? Dengar cerita mereka adalah satu kumpulan. Yang penting gambar diatas tidak ada kena mengena langsung. Baik mari kita cerita pasal penyamaran dan taktik kotor ini.


Seluruh rakyat Malaysia tahu akan penggunaan dakwat kekal semasa proses pembuangan undi pada 5 Mei 2013 ini. Dakwat tersebut akan hilang paling lama 5 hari dan minima dua hari.

Mana-mana parti yang bertanding juga sedia maklum akan keberkesanan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR. Maka terdengar cerita satu strategi jahat akan dilakukan oleh pembangkang untuk menjalankan taktik kotor ini.
Pihak Pembangkang telah menyediakan satu kumpulan khas yang akan menyamar sebagai pegawai SPR yang kononnya akan ke rumah pengundi yang telah dikenal pasti sebagai penyokong BN.

Mereka akan mengatakan bahawa mereka ini adalah pegawai SPR dan akan melakukan demonstrasi penggunaan dakwat kekal. Maka akan dicalitkan dakwat kekal versi mereka sendiri yang sukar untuk ditanggalkan.

Ini akan menjejaskan pengundi tersebut untuk turun mengundi kelak. Diharapkan bahawa orang ramai agar berhati-hati sekiranya terdapat individu yang mengaku sebagai pegawai SPR yang ke rumah anda untuk kononnya memberikan pendedahan tentang proses pengundian.

Ini strategi kedua selepas gagal dengan taktik mereka yang pertama :


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Zurihan Yusop hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS yang didakwa memfitnahnya.

Bekas guru itu berkata SMS itu kononnya mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas pelajar diterimanya sehari selepas penamaan calon 20 April lalu.

Katanya beliau mendapat maklumat SMS fitnah itu telah disebarkan kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

"SMS ini saya terima daripada individu yang tidak dikenali dan kandungannya berunsurkan fitnah, jika benar saya mempunyai hubungan sulit dengan pelajar tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata tuduhan dalam SMS itu tidak berasas dan tidak menolak ia mempunyai kaitan politik dan cubaan mencemarkan imejnya sebagai calon BN.

"Justeru saya membuat laporan polis hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Katanya penyebaran SMS itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkempen menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

K7L : Dah nampak?..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk