10/07/2013

Gempar! Ada Imam Dipecat Kerana Perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau Dan Masjid Seluruh Kuala Langat Ada Kesilapan?



Salam Ramadhan buat semua. Rasanya masih belum terlambat untuk Keris ucapkan selamat buat seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia. Dalam pada kita menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini. Masih ada juga manusia yang mahu melakukan kesongsangan.

Semalam, jejak sahaja kaki Keris ke Kuala Langat di kedai makan Sijangkang setelah terawikh, Keris dihampiri oleh seorang anak muda yang juga rakan kepada Keris. Dalam nada yang sedih dia memberi berita yang tidak enak didengar pada malam persediaan untuk berpuasa.

Katanya kini seluruh Kuala Langat sedang dirombak ahli-ahli jawatankuasa bagi surau-surau dan masjid-masjid yang ada di Kuala Langat. Atas alasan ada kesilapan pada mesyuarat pemilihan yang lalu.

Keris jadi pelik juga, kenapa boleh jadi macam ini. Cerita punya cerita maka terbongkarlah kisah seorang imam di suatu surau telah dipecat beberapa hari sebelum Ramadhan, Imam kedua letak jawatan yang mana menyaksikan seorang tahfiz diangkat untuk menjadi imam sementara sepanjang Ramadhan di Surau tersebut.

Jangan khuatir, InsyaAllah keris akan cuba siasat lagi mengapa pemecatan berlaku, dimana dan apa kisah di sebalik 'KESILAPAN' yang terjadi.

K7L : Imam tu kena pecat..dia nak kerja apa?..JAIS ni ada ke tidak kat Selangor?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk