18/08/2013

Selepas @KhairyKJ - Siapa Yang Akan Umum Lawan #KPUMNOMsia #Pemilihan2013


Siang tadi, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa dirinya akan mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus menutup khabar-khabar angin YB KJ cuba lawan kerusi lain.

Sekarang kita nak tahu ada pencabar ataupun tidak?


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pucuk pimpinan Umno Oktober depan.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata keputusan itu dibuat setelah beliau memikirkan semasak-masak dan mendapat restu daripada rakan-rakan akar umbi.

"Saya telah fikir panjang soal pemilihan parti ini dan setelah saya berbincang perkara ini dengan rakan-rakan di peringkat akar umbi dan minta pandangan daripada rakan-rakan exco Permuda Umno Malaysia, negeri, ketua pemuda bahagian termasuk juga perwakilan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

"Saya mohon diberikan sepenggal lagi sebab ada banyak perkara masih belum dapat diselesaikan dalam sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kampung Gadong dekat sini.

"(Jawatan) ini memerlukan kesinambungan dan saya sudah meletakkan satu perancangan bermula daripada empat tahun yang lepas supaya Pemuda Umno dan BN menjadi lebih relevan kepada generasi muda dan citarasa mereka.

"Dengan pendekatan dan program yang kita jalankan lebih melambangkan keterbukaan dan membawa semangat kenegaraan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita.

"Selepas dilantik menteri...saya merasakan ada lagi banyak kerja yang perlu dibuat, saya melihat dengan lebih jelas lagi cabaran yang dihadapi oleh generasi muda.

"Dan bagaimana kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan persekutuan harus menggubal program, dasar dan bertindak supaya lebih relevan dengan kehendak dan juga citarasa orang muda di negara ini," katanya.

Mengenai kemungkinan pertandingan bagi merebut jawatan itu, Khairy berkata beliau mengambil sikap terbuka dan beliau tidak mahu ada usaha-usaha untuk menghalang mereka yang ingin bertanding jawatan itu.

"Kita sebagai pemimpin parti mesti menghayati, mengamalkan dan mesti menjiwai pindaan kepada perlembagaan parti iaitu jawatan ini dibuka untuk dipertandingkan.

"Bagaimanapun, kita buat pengecualian kepada jawatan presiden dan timbalan presiden sebab itu soal kestabilan parti dan perpaduan tetapi (bagi) jawatan lain, kita tidak menghalang sesiapa nak bertanding (lawan)," ujar Khairy. -Bernama

1 ulasan:

  1. Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk