01/11/2013

Penyokong PAS Sg Limau Tidak Alu-Alukan Kedatangan @anwaribrahim Penipu? #RKSgLimau #BeraniHijrah



Subuh tadi Keris dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, ternampak dengan satu banner yang mengejutkan kerana ia melibatkan pemimpin Pakatan. Yang menariknya di banner tersebut tertulis :

KAMI MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI DUN SUNGAI LIMAU

Penyokong PAS Sungai Limau

Ini membuktikan Anwar Ibrahim semangnya dibenci bukan sahaja rakyat yang ditipu, malahan dalam Pakatan mereka sendiri ada membenci satu sama lain. Ini mesej jelas kepada Anwar bahawa bukan semua sokong dia.



Apa yang membuatkan Penyokong PAS DUN Sg Limau tidak alu-alukan kedatangan Anwar yang dengarnya ingin berkampung sehingga hari membuang undi. Balik sahajalah Anwar! Orang PAS sendiri tak nak kamu datang.

Sebenarnya antara sebab-sebab yang membuatkan Penyokong PAS Sg Limau menentang Anwar Ibrahim :
  1. Anwar dulu menghentam Allahyarham Tan Sri Azizan yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kedah
  2. Phahrolrazi yang memang nak menjatuhkan Ustaz Azizan dikhabarkan merupakan proksi Anwar Ibrahim
  3. Anwar Ibrahim yang meletakkan Phahrolrazi dalam puak Anwarinas dalam parti PAS
  4. Anwar Ibrahim sudah tidak disukai kerana dia merupakan pemimpim Pakatan yang gagal
Cukuplah dulu itu sebagai sebab mengapa kakinya tidak dibenarkan jejak ke bumi Sg Limau. Lihat video dibawah yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim memang tidak digemari oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

Apapun harap pengundi Sg Limau berani untuk berhijrah demi masa depan anak-anak kita yang akan datang. Jika masih tertipu dan mahu memilih PAS, maka ia sama dengan memilih Phahrolrazi yang mana calon PAS, Azam merupakan dua pupunya.

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.


Tengok video ini :


K7L : Apalagi! Jalanlah!.. Lain Kalilah Anwar!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk