14/04/2014

Tukar Sekolah Sebab Rotan Budak - Karier Guru Semakin Terancam?



Sumber : Facebook

Zaman sekarang punya budak Sekolah dah tak ada kualiti dan tidak ada sifat survival? Nak saahkan siapa? Ibubapa ataupun cikgu di sekolah? Kalau dah tak boleh 'sentuh' sikit pun, macam mana nak tegur budak kat sekolah?

Hari ini anak kena rotan sikit bapak dah melenting. Ada satu kes bapak datang sekolah parang jari cikgu sebab ketuk jari anak dia yang tak pandai menulis dengan pembaris. Apa cerita?

Zaman Keris dulu, kena sebat dengan rotan kayu bagai. Setakat kena libas tu perkara biasa. Kalau nak mengadu kat mak ayah fikri banyak kali. Kalau mengadu silap-silap ayah tambah lagi sebab dia tahu kita dihukum sebab salah.



Hari ini penjelasan sudah tidak mahu didengari, tahu buat repot polis siap. Jadi kalau anak tu tak boleh dihukum atas kesalahan besok dah besar tak dengar cakap, jadi setan jangan salahkan cikgu tapi salahkan diri sendiri.

Satu lagi perangai budak-budak ni depan mak ayah diaorang pijak semut pun tak mati tapi bila belakang dia lah orang nya. Kita sebagai ibu bapa perlu siasat terlebih dulu A-Z apa yang berlaku. Jika benar-benar guru tersebut bersalah memang patut laporan dibuat tetapi jika tidak bukan kah ia nya telah membuat kan ramai orang ramai jadi susah.


K7L : Cerita P.Ramlee bukan kosong.. cuba fikir..

4 ulasan:

  1. yg cikgu ni pun satu hal .......

    Kan dah ada sop cara hukuman dalam surat pekeliling iktisas KEMENTERIAN.... Kalau ikut takde masaalah

    Yg problem cikgu ni hukum tak ikut SOP. pas tu mula lah menyalahkan ibubapa lah.

    ReplyDelete
  2. rotan dan sebarang tindakan kena ikut sop. polis tembak suspek penjenayah pun ramai peguam bising dan kata tembak ikut perasaan. inikan pula murid. ramai ibu bapa sekarang dah tak mahu anak mereka dipukul macam mereka dipukul dahulu. ada cikgu kata, cikgu takut mak bapak. mak bapak takut anak. anak tak takut kat sesiapa.

    ReplyDelete
  3. bagi aku dua2 salah, dh anak pun tk reti ke nak siapkan kerja sek. mak bapak tk pantau anak ada krja sek ke tak ??..

    ReplyDelete
  4. Sebagai bekas Guru yang telah bersara, dirasakan guru X boleh dipersalahkan dalam hal ini. Dedikasi seorang guru akan menyebabkan beliau mungkin sedikit terkeluar dari SOP dalam menangani masalah-masalah dalam bilik darjah. Saya menasihatkan guru-guru sekarang supaya utamakan dahulu keselamatan diri mereka. Kalau tindakan mereka boleh menyebabkan diri terancam.... X guna ambil tindakan. Biarkan sahja perkara itu berlaku.;... kok ye pun bukan anak, atau sedara mara kita.....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk