07/05/2014

#BantahGST - Bila Agaknya @AliHamsa55 Ingin Bertindak Untuk Pendemo Dari Penjawat Awam?


 

Keris bersetuju dengan pendapat daripada Presiden Cuepacs. Mereka-mereka yang tidak segan silu berdemo dan menyusahkan rakyat lain wajar dihukum dan digelar pengkhianat. Tak ada moral langsung.

Memetik berita :

Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.

Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di ibunegara hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendokong dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.

"Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya",
katanya.

Beliau berkata penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.

Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam, katanya.

Justeru itu, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep 'kerja sebagai ibadah' bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap
pekerjaan.

- Bernama


Ok! Kenyataan pun dah dibuat. Tapi jangan cakap sahaja. Sila buat tindakan dan pelaksanaan dengan cepat. Tubuhkan pasukan penyiasat dengan kadar segera. Jangan pulak orang PAS diletak dalam pasukan tu sudahlah.

K7L : Masih menunggu tindakan seterusnya...memerhati..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk