28/08/2014

Maklumat Khas - Kini PAS Sedang Susun Iskandar Ahmad Sebagai MB Selangor?



Maaf kerana tidak membuat posting kebelakangan ini. Keris sebenarnya baru sahaj pulang daripada satu tempat. Tempat di mana pemikir-pemikir PAS Selangor sentiasa berkumpul dan berbincang. Banyak juga yang kita dapat tahu.

Rupa-rupanya PAS Selangor telah ditekan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor. Walaupun itu tak boleh sebab Wan Azizah bukan Anak Selangor, desakan PAS untuk menentang keputusan 'tidak boleh' itu sebenarnya telah menaikkan kemarahan orang PAS Selangor.

Kini Sultan Selangor telah meminta nama yang lebih sebagai MB. DAP pun dah gatal letak nama beberapa orang mereka yang sememangnya takkan layak. Selain Azmin Ali, sebenarnya PAS telah menyusun orang sebenar-benarnya untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

Yang terpilih adalah YB Iskandar Ahmad. Secara senyap-senyap PAS akan memastikan YB Iskandar dicalonkan sebagai MB Selangor yang dikatakan sebagai calon 'cukupkan nama'. Nampaknya PAS dan PKR sudah mula berebut kuasa. Soalannya, PKR mampu untuk melawan PAS?

K7L : Anwar siapa nak masuk campur?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk