23/10/2014

Mesej Rakyat Kepada Anwar Ibrahim Yang Ceramah Dah Tak Laku!



(Dengan ingatan tulus ikhlas buat DSAI & rakyat Malaysia)

Rakyat Bukan Hakim Negara.

Allah hakim yg sebenar2nya.. hakim rakyat, hakim negara, hakim seluruh makhluk.

Dato seri, mintalah Allah sebagai hakim bukan rakyat. Rakyat tak memberi bekas sebab rakyat bukan hakim yg hakiki.

Tak perlulah kali ini menganjurkan rakyat berhimpun sana sini, demo sana sini..cukuplah bersendirian atas tikar sembahyang dikala kegelapan berseorangan dgn hakim yg Esa. Doa itu senjata org mukmin, terutama org yg teraniaya dan dizalimi..sgt mustajab !

Apakah perlu kita himpunkan seluruh manusia, andainya kita yakin diri kita dizalimi ? Cukuplah kita seorang diri menghadapinya, selagi kita bergantung kpd makhluk (manusia) selagi itulah DOA dan TAWAKAL kita terhijab..tak dimakbulkan oleh Allah.

Cuba dato seri lihat sirah Nabi Yusuf a.s dan Saiditina Aisyah r.a yg terkena fitnah itu, adakah mereka LAWAN HABIS-HABISAN ? Suara mereka hanya dihadapkan kpd Allah shj, tidak bersuara sana sini.. senyap dlm diam mengharapkan pertolongan Allah, berdoa dan bertawakal.

Begitulah mereka menghadapi fitnah..senyap diam berserah pd Allah semata-mata..bukan lawan habis-habisan dan jauh sekali lawan tetap lawan !

Beginilah yg kita mahu utk kes Liwat II, usahlah dilibatkan rakyat lagi. Hadapilah kes ini sebagai rakyat biasa bersendirian demi meraih pertolongan Ilahi.

Apa perlu kita gentar jika kita yakin kita dizalimi ? Yakini diri..doa org dizalimi mustajab. Selagi dato seri bergantung kpd makhluk dan slogan2 kosong yg merosakkan keimanan kita, selagi itulah masalah dato seri tak akan selesai. Kembalilah kpd Allah dgn sepenuh jiwa dan raga dengan menafikan campur tangan makhluk dlm kes kali ini, seperti yg ditunjukkan dlm sirah Nabi Yusuf a.s dan Saiditina Aisyah r.a.

Andainya dato seri dipenjara, redholah..itu kehendak Allah. Bersyukurlah kerana Allah sendiri ingin menjemput dato seri bersendirian dgnNya dipenjara..jauh dr manusia, jauh dr dunia..tapi diberikan kesempatan utk dekat denganNya. Tidak kah penjara itu akan menjadi nikmat yg bes
ar bagi org beriman yang punya matahati ? Jgn pedulikan rakyat..pedulikan diri sendiri. Tak mengapa.. kerana rakyat ada tuan yg menjaganya. Ya kita perlu HABIS-HABISAN dengan Allah dlm mentaatiNya dan redho dlm semua kehendak dan ketentuanNya.

Allah hakim sebenarnya bukan rakyat. 

K7L : Jangan lawan ketentuan takdir..

2 ulasan:

  1. Betul tu..Ada lebih baik Anuar berdoa depan Kaabah.
    Doa orang yg dizalimi akan dimakbulkan Allah.
    Itupun KALAU BETUL Anuar dizalimi.
    Betul ke?

    ReplyDelete
  2. Kamu ingat ada ke pikiran begitu dlm kepala otak dia..yg ada aku rasa nak jd PM ja walau pun dah nak mampos...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk