27/10/2014

Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah Saya Berserah - Saiful Bukhari



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Tolonglah CEPAT masukkan mamat-kelawar-PKRSODOM tudlm. PENJARA - baru dia tahu, BERJUTA duit ROMPAKAN dari saman anak-beranak TAMAK dia sini-sana; tak akan membelikan kebebasan mahupun PENJARA-ala-MEWAH!

    Dan HRWZioniSSoros-KEPARAT tu nak paksa kita tunduk pd. undg-undg SODOM-KEPARAT depa?! Dahlah si Barat-ZIONIS/ISrael asyik boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas-Uranium (utk. membuat senjata Nuklear) dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk kat Palestine, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Nigeria/Guinea/Afrika dsbnya, melalui MO menggunakan PENYAMAQ Islam utk. mencipta/mengetuai kumpulan pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda, ISIS/ISIL , Boko Haramdsbnya, serta senjata “Eugenics-Biowarfare”- Ebola/HIV - dan semua ni tak pula dihentam si UN/HRWZIONIS-DAJAL ni! PI MAMPOS!

    Barulah aku paham mcm mana mamat-PKRSODOM ni boleh satu geng dgn. puak KAPIRDAJAL ZIONIS ni - budaya SODOM depa!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk