11/12/2014

Amerika Simpati APda Anwar? - Apa Petanda Sebenar Dalam Siratan?




Oleh : AJ

Membaca twitt Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai 'keprihatinan' beliau terhadap kes liwat Anwar Ibrahim bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

'Keprihatinan' beliau adalah bukti yang mana Anwar Ibrahim mempunyai jalinan rapat dengan kepimpinan negara Uncle Sam tersebut.

Perlu diingatkan, Malaysia bukanlah sebuah negara yang amat rapat dan bersekutu dengan kepimpinan Amerika Syarikat, walaupun dalam banyak perkara kita kelihatan cenderung kepada negara berkenaan.

Namun kecenderungan tersebut tidaklah setahap 'memuaskan' KPI Jabatan Negara Amerika Syarikat berbanding Singapura, Israel, Britain, Jepun, Filipina dan lain-lain lagi.

Walaupun Amerika merupakan rakan dagangan terbesar di Malaysia, ianya tidak menghalang pemimpin Malaysia mengadakan hubungan yang lebih mesra dengan kuasa baru ekonomi besar dunia, China. Yang pastinya sesuatu yang amat dibimbangi oleh Amerika Syarikat.

Disudut-sudut lain, masih wujud jurang perbezaan yang besar diantara Malaysia dan Amerika Syarikat terutama dalam hal-hal yang melibatkan konflik di Palestin. Malaysia amat konsisten menentang penindasan yang dilakukan oleh Israel yang merupakan sekutu kuat Amerika di Timur Tengah.

Dan natijahnya, di Malaysia, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang menyatakan sokongan terbuka kepada negara Zionist berkenaan. Dalam satu wawancara beliau menyatakan bahawa;

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar – the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011. Rujuk disini : http://online.wsj.com/articles/SB10001424052970203363504577184631682335306

Ketika seluruh dunia mula bersuara dan menunding jari ke atas Russia, PM Najib Razak bertindak berlawanan arus dengan menghubungi Putin memohon bantuan agar memudahkan urusan kemasukan pasukan penyelamat ke wilayah yang dikawal oleh puak pemisah pro-Russia. Rujuk disini : http://eng.news.kremlin.ru/news/23216

Manakala, Anwar dengan cepat menuduh bahawa Russia bertanggungjawab atas insiden berkenaan. Rujuk disini : http://www.penaminang.com/2014/07/boneka-amerika-di-malaysia-salahkan.html

Namun, pihak Russia telah menjawab tuduhan berkenaan dengan memaparkan bukti satelit dan data semasa ketika tragedi tersebut berlaku. Rujuk disini : http://www.penaminang.com/2014/07/pm-yahudi-ukraine-dan-obama-pro-israel.html

Malah, sebelum PRU13 berlansung, pihak Russian Today telah membongkar bantuan dan tajaan yang diberikan oleh pihak Amerika Syarikat kepada pemimpin pembangkang dalam misi mereka menubuhkan kerajaan boneka di Malaysia. Rujuk disini : http://www.penaminang.com/2013/08/amerika-syarikat-salurkan-dana-berjuta.html

Kesimpulannya, apa yang di Twitt oleh Joe Biden hanyalah satu kenyataan seorang majikan yang 'prihatin' dengan nasib orang bawahannya. Selain itu ini membuktikan bahawa Anwar adalah sekutu paling rapat yang sedang dibimbing oleh negara tersebut untuk dijadikan pemimpin boneka mereka. Marilah kita berdoa kepada ALLAH mengagalkan usaha mereka dan menjaga negara kita dari terkena fitnah ini.

K7L : Hamba dan Tuannya?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk