14/04/2015

@AzminAli Harus Jawab Sebagai Menteri Besar - Soalan 2



MB Selangor kena jawab perihal Yayasan Selangor. Dan Keris nak kongsi juga artikel daripada satu blog bernama Pakat Kelih yang mendedahkan kepincangan yang berlaku dimana Yayasan Selangor seakan ditanam dan dikuburkan :

Sumber : Pakat Kelih

1. Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat iaitu sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor khasnya.

2. Yayasan Selangor wujud adalah hasil daripada keinsafan beberapa cendekiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar bumiputra sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur. Bilangan pelajar bumiputra dalam jurusan sains dan matematik sangat ketara jauh ketinggalan dengan kaum-kaum yang lain. Menyedari hakikat ini, maka kumpulan cendekiawan telah mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ketinggalan tersebut daripada berlanjutan.

3. Kelemahan dan kekurangan yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar bumiputra perlu dibaiki segera. Mereka mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah badan pendidikan yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan memberi bantuan supaya lebih ramai anak-anak bumiputra terutamanya dari luar bandar, memperolehi peluang yang sama menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang hanya didapati di sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur.

4. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia), maka satu rancangan telah dibuat di mana pelajar-pelajar yang baik prestasinya di peringkat awal prasekolah menengah, dipilih dan diserapkan ke sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur di bawah Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.

5. Penubuhan Asrama Yayasan Selangor telah dapat menempatkan pelajar-pelajar terpilih di sekolah-sekolah yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Asrama yang pertama didirikan oleh Kerajaan Selangor ialah Asrama Dr Latif (ADL), di Persiaran Gurney, Datuk Keramat pada 1971.

6. PERKEMBANGAN PENTADBIRAN YAYASAN SELANGOR - Yayasan Selangor telah mengalami perkembangan yang baik dengan pentadbiran yang telah dikendalikan oleh 4 orang pentadbir (Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Eksekutif) sebelum diambilalih oleh pentadbir baru. Antara pentadbir adalah seperti berikut:

TUAN HAJI HASHIM BIN ABDULLAH
1975 - 1988
TUAN HAJI MOHAMED SHAHIBI BIN MOHD SHARIF
1989 - 1997
DATO' DZORKARNAIN BIN ABDUL RAHMAN
1998 - 2000
TUAN HAJI TAKRIL BIN TASUKI
2000 - 2010
EN ILHAM BIN MARZUKI
2010 - SEKARANG

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR - 

Sebagai sebuah Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Selangor dalam aspek Pembangunan Insan dan penyediaan kemudahan pendidikan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor.

8. KEDUDUKAN HARTA DAN HARTANAH YAYASAN SELANGOR

Tugasan pelaksanaan pemantauan pada bahagian-bahagian:

ASRAMA

• Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (ATPN & ATDI)
• Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
• Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
• Asrama Bestari Yayasan Selangor Ampat Tenang, Dengkil (CADANGAN)
• Asrama Bestari Yayasan Selangor Pancang Bedana, (CADANGAN)

KEM/INSTITUT

• Kem Bina Semangat (KBS) Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru.
• Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru
• Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

BANGUNAN

• Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang.
• Bangunan Yayasan Selangor Kg Baru.
• Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya.

RUMAH KEDAI

• Lot Rumah Kedai di Pusat Perdagangan Dana 1, Kelana Jaya.
• Lot Rumah Kedai di Ampang Point, Ampang, Selangor.
• Lot Rumah Kedai di Jalan Stesen Klang, 48500 Klang, Selangor
• Lot Rumah Kedai di PASAR BARU RAWANG, Kompleks Pasar Moden Rawang 48000 Rawang, Selangor
• Lot Rumah Kedai di Jalan Semenyih Sentral 1, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.


KONDOMINIUM

• Rumah di KONDOMINIUM UNIVERSITI TOWER, No.28, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
• Rumah di KONDOMINIUM TEMPLER IMPIAN, Templer Park Golf & Resort Berhad, 48000 Rawang , Selangor Darul Ehsan.
• Rumah di KONDOMINIUM ARA DAMANSARA, Petaling Jaya.

TEMPAT LETAK KERETA

• Tempat Letak Kereta Hadapan AmCorp Petaling Jaya
• Tempat Letak Kereta Menara Yayasan Selangor
• Tempat Letak Kereta Bangunan Yayasan Selangor Kg Baru
• Tempat Letak Kereta Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang
• Tempat Letak Kereta LRT Taman Jaya

TANAH

• Tanah Shah Alam
• Tanah Klang
• Tanah Rawang
• Tanah Pulau Carey
• Tanah SKC

9. Pentadbiran Yayasan Selangor terdahulu telah membuat ketetapan dengan pandangan dan persetujuan daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Untuk itu Pentadbiran Yayasan Selangor diwajibkan memberi fokus terhadap tindakan operasi seperti berikut:

• Operasi : Pendidikan Dan Pengurusan
70 Peratus tenaga kerja Yayasan Selangor ditumpukan dalam Bahagian Pendidikan
30 Peratus tenaga kerja Yayasan Selangor ditumpukan dalam Bahagian Pengurusan (Ekonomi).

• Pembahagian Sumber Kewangan
70 Peratus hasil pendapatan disalurkan untuk program pendidikan (Rancangan Khas, Pengurusan Asrama dan Pinjaman Pelajaran)
30 Peratus berikutnya dikhaskan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran

10. Sehingga akhir tahun 2009 atau awal 2010 kedudukan kewangan dan prestasi kewangan yang kukuh dengan wang tunai adalah RM60 juta sementara wang dalam pelaburan adalah dianggarkan RM10 juta. Selain tu Yayasan Selangor mempunyai harta seperti yang disebutkan di perkara 8.


YAYASAN SELANGOR MENGALAMI PERUBAHAN MENDADAK


11. Setelah diketahui penamatan perkhidmatan Tuan Haji Takril Bin Tasuki sebagai Pengurus Besar disebabkan persaraan di usia 55 tahun dan telah disambung secara kontrak bulan ke bulan dan dilihat tidak disambung, maka Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telah mengarahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengiklankan kekosongan jawatan Pengurus Besar secepat mungkin di akhbar tempatan.

12. Tujuan mengiklankan jawatan di akhbar tempatan adalah dengan harapan dijalankan pemilihan secara telus serta akan mendapat calon Pengurus Besar yang berkaliber dan berkebolehan meningkatkan lagi prestasi Yayasan Selangor dan menonjolkan imej yang terbaik.

13. Iklan telah dikeluarkan dengan menawarkan dua jawatan untuk ditempatkan di Yayasan Selangor. Antaranya adalah:
a. Pengurus Besar (JUSA C)
b. Pengarah Kewangan (N54)

14. Proses pemilihan telah dilakukan, tetapi segala keputusan masih terserah kepada Menteri Besar sebagai kata veto walaupun keputusan pihak pemilihan memihak kepada calon lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Pemilihan SUK.

15. Menteri Besar telah memilih dan melantik ENCIK ILHAM BIN MARZUKI, sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru di Gred VU6 (Matagaji Tertinggi) dengan kontrak 2 tahun dan mula melapor diri pada 15 April 2010.

16. Diterangkan serba sedikit tentang latar belakang ENCIK ILHAM BIN MARZUKI dengan pegangan Kad Pengenalan 551008-10-5511:

Tarikh Lahir : 08 OKTOBER 1955
Tempat Lahir : Hulu Langat
Umur : 55 Tahun
Jantina : Lelaki
Taraf perkahwinan : Berkahwin (8 anak)
Alamat Kediaman : No.18, Jalan A/11G, Seksyen 4
43600 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 019-2935008
E-mel : ilhamarzuki@yahoo.com
Nama Isteri : Puan Azizah bt Hamzah (Bertugas di Unit Perancang Ekonomi, JPM, Putrajaya)
Kelayakan Akademik : BSc (Hons) Electrical & Electronics Eng. University of Manchester Institue Of Science And Technology (UMIST), Manchester, England(1979)
OND(Technology) Peoples College, Nottingham, England(1976), MCE , Malay College Kuala Kangsar, Perak (MCKK-1973)
Pengalaman kerja : Director Delcor Sdn Bhd(DSB)
DSB is a TNB Registered Vendor

17. Sebelum dilantik ke jawatan Pengurus Besar, Encik Ilham tidak berkerja selama 10 tahun dan hanya menjalankan tugas sebagai konsultan bebas.

18. Beliau memaklumkan bahawa beliau amat mengenali beberapa wakil rakyat daripada PAS dan mengatakan sebagai kawan baik. Antaranya adalah YB. Tuan Dr Hatta Ramli, YB Tuan Dr. Dzulkefly Ahmad dan YB Tuan Khalid Abd. Samad.

19. Selain itu dikenalpasti bahawa beliau adalah salah seorang anak buah kepada isteri kedua Menteri Besar Selangor. Perkara ini masih lagi dalam perhatian dan siasatan.

20. Kini, Encik Ilham Marzuki telah dikenali sebagai orang yang warak dengan tidak meninggalkan sembahyang lima waktu ditambah dengan sembahyang duha setiap hari dan juga tidak tinggal puasa Isnin dan Khamis. Tetapi perlakuan seperti binatang yang suka maki hamun dikalangan semua kakitangan dan kontraktor.

21. Sikap beliau yang suka merendahkan diri orang lain tidak kira siapa malahan kakitangan yang sentiasa dimaki hamun dengan pelbagai perkataan yang keluar seperti bodoh, sial, babi, bangang dan sebagainya. (ADAKAH INI MENCERMINKAN KETUA JABATAN YANG DIGAMBARKAN MEWAKILI PAS). 

Ini jelas terbukti bahawa sikapnya:

1. Bersikap kasar dan tidak berhemah dengan kakitangan-kakitangan dengan ditengking dan diherdik sesuka hati.
2. Sering mengeluarkan kata-kata kesat seperti bangang dan bodoh.
3. Tidak mempunyai perasaan hormat - menghormati antara satu sama lain.
4. Membuat tuduhan secara melulu di hadapan orang ramai terhadap pegawai-pegawai berkaitan dengan makan duit syarikat.
5. Menjatuhkan air muka kakitangan di khalayak ramai.
6. Menerima sepenuhnya aduan dan tohmahan terhadap kakitangan yang disampaikan oleh sesetengah individu yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

22. Pengurus Besar telah melantik calon Pengarah Kewangan seperti yang disarankan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan meminda jawatan sebagai Pengurus Kanan Aset dan Pelaburan (N54 – dengan pemberian tanggagaji yang tinggi) kepada ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN (790922-14-5521) dengan kontrak 2 tahun serta mula bertugas atau melapor pada 3 Mei 2010.

23. Diterangkan serba sedikit tentang latar belakang ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN (790922-14-5521):

Tarikh Lahir : 11 September 1979
Tempat Lahir : HBKL
Umur : 31 Tahun
Jantina : Lelaki
Taraf perkahwinan : Berkahwin (2 anak)
Alamat Kediaman : No.24, Jalan 9/19A, Seksyen 9
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 017-8485348
E-mel : mohdsaifulruddin@yahoo.com
Nama Isteri : Suzila bt Abd Rahman (Penolong Akauntan)
Kelayakan Akademik : Bachelor in Accountancy(Hons) – UITM : 2004
(Cawangan Lendu, Melaka)
Diploma in Accountancy – UITM : 2001
(Cawangan Merbok – Sg Petani)
Pra-Diploma in Accountancy – UITM : 1997
(Cawangan Jengka, Pahang)
Pengalaman kerja : Kumpulan Prima Nova S/B (Julai 2004-Mei 2008)
Sega Bina Sdn Bhd (Mei 2008 –Business)

24. Pengurusan Yayasan Selangor tidak pandai menilai tahap kerja dan pengalaman kerja seseorang yang dilantik. Ini dapat dilihat pelantikan ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN (790922-14-5521) yang masih mentah dalam pengalaman bertugas untuk jawatan tertinggi dan ini akan merugikan Yayasan Selangor keseluruhan kerana usia yang masih mentah 31 tahun dengan pengalaman kerja yang tidak mencapai 10 tahun.

25. Pegawai ini mempunyai sikap yang suka mendera dan memaki hamun kakitangan bawahan dan dilihat tidak pandai dan faham dengan peraturan kerja. Beliau juga selalu mencari kesalahan Ketua-Ketua Bahagian dan Unit-Unit lain walaupun tugas yang dilaksanakan mengikut peraturan. Pegawai ini juga tidak pernah menghormati pegawai-pegawai yang lain dan sentiasa menengking dan mengherdik kakitangan. Kini Yayasan Selangor telah jauh terpesong dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbir yang terdahulu.

26. Pengurus Besar telah melantik PUAN SABARIAH AHMAD (561223-01-5008), ke jawatan Pengurus Kanan Pembangunan Pendidikan (N54) dan berikut latar belakang kakitangan tersebut:

Tarikh Lahir : 23 Disember 1956
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor
Umur : 54 Tahun
Jantina : Perempuan
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Alamat Kediaman : 804, Jalan Lavender Heights 23
Lavender Heights 70450 Senawang
Negeri Sembilan
Nama Suami : Dato’ Zorkarnain bin Abd Rahman (Mantan Pengurus Besar YS)
Kelayakan Akademik: Bachelor Of Accountancy – UITM Shah ALam
Diploma In Accountancy – UITM Shah Alam
Pengalaman kerja : Akauntan (Hotel Sri Malaysia)
Pengurus Pent & Kewangan (Tadmansori Hotel Resort)
Pengurus Pentadbiran & Kewangan, Arab Malaysian

27. Beliau adalah kakitangan yang telah membawa kehancuran kepada Sistem Perakaunan Yayasan Selangor sejak dilantik sebagai Pengurus Kewangan pada tahun 1998, di mana beliau telah menimbulkan huru hara kepada Bahagian Kewangan termasuk merosakkan kedudukan sistem dalam kewangan Yayasan Selangor sehingga tergendala proses Pengauditan setiap tahun dan Laporan Tahunan Syarikat gagal dikeluarkan mulai tahun 2000. Beliau juga telah menyebabkan kakitangan di bahagian tersebut bekerja di dalam keadaan tertekan.

28. Beliau pernah dibuang daripada berkhidmat dengan Yayasan Selangor. Walau bagaimanapun, perkara ini ditarik balik memandangkan Pengurus Besar ketika itu Dato’ Zorkarnain bin Abd Rahman adalah suami kepada Sabariah Ahmad.

29. Pembuangan Sabariah Ahmad daripada perkhidmatan dengan Yayasan Selangor bukan sahaja disebabkan oleh tindakan menimbulkan hancuran sistem perakaunan di Yayasan Selangor, beliau juga telah membuat penipuan dalam dokumen persijilan ketika memulakan perkhidmatan di Yayasan Selangor yang berkaitan dengan pengalaman bekerja.

TINDAKAN YANG MENUJU KEHANCURAN


a. PERKHIDMATAN

30. Telah diwar-war oleh Pengurus Besar dalam semua ucapan mahupun dalam bahawa pentadbiran beliau tidak akan mengambil kakitangan tambahan atau kakitangan luar walaupun terdapat kakitangan yang berhenti. Ini adalah penekanan yang dibuat kerana alasan tindakan mengambil kakitangan luar akan menambahkan kos perbelanjaan penggajian kakitangan.

31. Tindakan Pengurusan Yayasan Selangor kini telah menghancurkan skim yang sedia ada iaitu Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor 2001 yang selama ini digunapakai dengan diselaraskan dengan Skim Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling dan Hebahan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai landasan Perkhidmatan Yayasan Selangor, kini telah tidak diendahkan peraturan yang ada. Antara tindakan:

a. Kelakuan dan sikap yang tidak sopan telah ditunjukkan oleh Pengurus Besar (ENCIK ILHAM MARZUKI) apabila menyatakan bodoh kepada DATO’ RAMLI MAHMUD di hadapan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor setelah menerima surat daripada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak dapat hadir dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor yang diadakan pada 11 Jun 2010.

b. Memperlekehkan YB Dr Halimah Mohd Ali dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor berkaitan dengan isu penghantaran pelajar menyambung pengajian ke luar negara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YS pada bulan Jun 2010.

c. Tindakan Pengurusan yang memindah dan menukarkan kakitangan sesuka hati tanpa melihat kesesuaian dan kebajikan kakitangan. Sekiranya kakitangan membuat rayuan dan cuba menolak maka kakitangan akan dimaki hamun dan dimalukan di khalayak ramai. Perkara ini berlaku kepada seorang pegawai pendidikan yang merayu tidak ditempatkan di asrama dan beliau dimalukan di dalam surau selepas majlis bacaan Yassin.

d. Pelanggaran telah wujud dengan nyata di mana kakitangan yang masih dalam tempoh percubaan hasil proses kenaikan pangkat telah dipindahkan tanpa mengira perkhidmatan yang dilalui. Kini proses tersebut telah hancur dan segala tindakan adalah mengikut kehendak 2 orang pentadbir yang tidak tahu peraturan iaitu ENCIK ILHAM MARZUKI dan ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN. Contoh perpindahan Encik Zulkifli Mohd Korib dari Bekalan & Perolehan ke Bahagian Aset & Pelaburan.

e. Tindakan membuat lantikan untuk kenaikan pangkat secara buah dadu yang selama tidak diamalkan di mana Jabatan Kerajaan yang menggunakan Skim Perkhidmatan Awam sebagai panduan. Perkara ini meminta kakitangan membuat catatan di kertas dan dimasukkan di dalam kotak untuk pilihan dan secara langsung menghindarkan kepada pencapaian prestasi kerja, prestasi perkhidmatan, sokongan dan kecekapan. Tindakan oleh ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN mengarahkan kenaikan pangkat ke jawatan Penyelia kepada PUAN ZAINON BT MOHAMAD dari jawatan Kerani ke Penyelia bagi menggantikan YM RAJA SHAHRIL SHAH RAJA HASHIM yang telah dinaikkan pangkat oleh Encik Saifulruddin dari Penyelia Aset & Pelaburan kepada Eksekutif Audit Dalam.

f. Tindakan Pengurusan Yayasan Selangor yang akan melantik kakitangan yang telah dibuang kerja atas tindakan disiplin dan telah mengambil tindakan mahkamah. Kakitangan tersebut adalah Encik Hassan Ahamad ketika itu menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pembangunan Insan (N41). Kini telah dilantik semula tanpa ada iklan dan dipanggil temuduga terus dilantik sebagai Pengurus Sumber Manusia (N48). Keadaan ini menunjukkan pentadbiran yang tidak perihatin dan tindakan yang mencabar perkhidmatan. (Cadangan pelantikan pada 15 Julai 2010 – Kini telah di KIV dahulu). Bukan itu sahaja kakitangan yang telah diturunkan pangkat keraja prestasi pengesahan jawatan mencapai 50% kebawah telah dinaikan pangkat sebagai eksekutif dan dipindahkan ke Ibupejabat di Bahagian Aset & Pelaburan iaitu Encik Hazandi Harun.

g. Pelantikan Kenaikan Pangkat bagi mengisi jawatan Pengurus Hal Ehwal Pelajar & Pendidikan dan Pengurus Aset & Pelaburan dengan penetapan gaji yang tidak mengikut peraturan yang digunapakai oleh Yayasan Selangor iaitu berpandukan SSM.

h. Penekanan kepada langkah kerajaan Negeri Selangor agar setiap organisasi kerajaan negeri mengamalkan perkhimatan mesra pelanggan dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain menjadi agenda utama, tetapi perkara ini telah hilang dan tidak diamalkan di Yayasan Selangor dengan SIKAP KESOPANAN TIDAK WUJUD.

i. Pentadbiran sebegini telah wujudkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan yang mana setiap hari disembur pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar sehingga terlalu ramai kakitangan yang sanggup berhenti bagi menghindarkan kata-kata yang merosakkan haluan telinga dan amat sukar untuk diterima. Antara yang telah meninggalkan Yayasan Selangor adalah Encik Ahmad Ghazali Mustakim, Encik Samsul Maarif Saibani, Encik Alias, Encik Kasmuni Selamat, Encik Fauzy Yeop Ahmad, Pn Noridah Abu dan ramai lagi yang merancang untuk meletakkan jawatan sekiranya perkara ini terus berlanjutan. Tindakan ini sebagai protes tindakan yang diamalkan iaitu bersikap sombong, angkuh, merendahkan diri orang lain dan menghina.

j. Amalan pentadbiran Yayasan Selangor yang lebih bersikap tidak adil dan menyebelahi satu pihak atau bahagian sahaja. Ini dilihat kepada bahagian Aset & Pelaburan yang di bawah jagaan ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN telah diberi keutamaan tetapi sehingga kini telah menunjukkan pentadbiran yang kurang efektif kerana kakitangan terlalu ramai iaitu seramai 30 org. Ini menunjukkan seolah-olah hendak menubuhkan sebuah syarikat sendiri, Antaranya adalah:-

1 Pengurus
8 Eksekutif
4 Penyelia
8 Kerani
8 teknikal

Walau bagaimanapun, keadaan ini jelas menunjukkan prestasi hasil kerja lebih kurang sama dengan kakitangan seramai 9 orang sahaja seperti dahulu. Tetapi yang peliknya adalah kakitangan Aset & Pelaburan telah dikerah kerja sehingga balik lewat hampir setiap hari. Kesan tindakan ini kakitangan bahagian lain terpaksa menanggung bebanan kerja yang berlebihan kerana kekurangan kakitangan. Dari segi perbelanjaan pula, bahagian ini telah menunjukkan peningkatan perbelanjaan berbanding yang sebelumnya.

k. Kini, di kalangan pegawai dan kakitangan menghadapi tekanan yang sungguh hebat dengan tindakan maki hamun semakin menjadi-jadi dan tiada siapa yang dapat membantu, mereka semua bagaikan anjing atau sampah yang tidak berguna sedang kebanyakan mereka telah berkhidmat di Yayasan Selangor telah mencecah melebihi 5 hingga 10 tahun.

l. Tindakan Pengurusan untuk memberi imbuhan yang tinggi, kenaikan pangkat dengan kenaikan gaji yang tinggi, menyamaratakan gaji kakitangan dengan gaji yang tinggi amat membimbangkan kerana meningkatkan perbelanjaan penggajian kakitangan dan dikhuatiri memberi kesan jangka panjang. Sekiranya perkara ini tidak dibendung Yayasan Selangor akan membelanjakan untuk emolumen yang tinggi dan boleh menyebabkan Yayasan Selangor bankrap dan menyimpang dari hala tuju asal Yayasan Selangor ditubuhkan.

m. Sekarang ini sungguh jelas bahawa Pentadbiran dalam Pengurusan baru Yayasan Selangor yang dipimpinan oleh Encik Ilham selaku Pengurus Besar adalah budaya samseng yang dibawa masuk ke Yayasan Selangor dan nampaknya digalakkan untuk diamalkan di Yayasan Selangot.

n. Belum lagi perkhidmatan mencapai 6 bulan iaitu kira-kira baru 2 bulan dan tidak tahu terhadap prestasi kerja yang dijalankan kedudukan Pengurus Kanan Aset & Pelaburan (ENIK MOHD SAIFULRUDDIN SULAIMAN) dan Pengurus Kanan Pembangunan Pendidikan (PUAN SABARIAH AHMAD) telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus Besar yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2010 sedangkan jawatan Timbalan Pengurus Besar masih lagi disandang oleh Tuan Haji Omar Hasbollah sehingga 23 Julai 2010. Ini telah timbul pertindahan jawatan Timbalan Pengurus Besar.

b. PENTADBIRAN

32. Di awal Pentadbiran, Pengurus Besar telah meminta supaya dapat memenuhi segala peraturan terutama yang melibatkan perolehan dan bekalan.

33. Kini setelah kemasukan Pengurus Kanan Aset & Pelaburan keadaan telah berubah dan Pengurus Besar tidak mampu memantau dan segala keputusan mengikut kehendak Pengurus tersebut. Antara tindakan yang telah melanggar peraturan adalah:

a. Pengurusan Yayasan Selangor terutama Pengurus Kanan Aset Pelaburan telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa iaitu menggunakan kedudukan yang ada dengan menggunakan kenderaan Yayasan Selangor Jenis Nissan X-Trial sebagai kenderaan sendiri iaitu pergi balik kepejabat. Perkara ini tidak dinyatakan dalam perkhidmatan walaupun mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar.

b. Wujud perebutan kenderaan yang digunakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Tuan Haji Omar B Hasbollah) iaitu tindakan merampas kenderaan tersebut sedangkan Tuan Haji Omar bercuti sebelum bersara wajib dan Tuan Haji Omar masih lagi akan bertugas pada 20 Julai 2010 nanti. Tindakan perebutan berlaku pada 30 Jun 2010 (antara ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN dengan PUAN SABARIAH AHMAD) dan perkara ini masuk campur Pengurus Besar serta mengarahkan untuk Tuan Haji Omar menyerahkan tugas dan kunci kenderaan tersebut secepat mungkin dan rayuan untuk menyerahkan pada hari esoknya tidak dilayan. Kenderaan ini adalah untuk kegunaan ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN, Pengurus Kanan Aset & Pelaburan yang pada masa itu belum lagi dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar.

c. Tindakan ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN, Pengurus Kanan Aset & Pelaburan yang telah menyalahgunakan nama Pegawai SUK iaitu Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai rujukan yang mengatakan bahawa Puan Siti Munirah yang memberi kebenaran untuk Tuan Haji Omar Hasbollah menyerahkan tugas dan tanggungjawab serta menyerahkan kemudahan yang diterima daripada Yayasan Selangor termasuk Kenderaan.

d. Pengurus Besar juga telah menetapkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi YS hanya akan dihadiri oleh 2 orang Timbalan Pengurus Besar yang baru dilantik iaitu PUAN SABARIAH AHMAD dan MOHD SAIFULRUDDIN SULAIMAN dan pegawai Komunikasi Korporat sebagai pencatat minit. Manakala Pengurus-Pengurus Bahagian hanya akan hadir mesyuarat bahagian dengan Timbalan Pengurus Besar sahaja. Ini menyekat Pengurus-Pengurus untuk menyuarakan pandangan dan melaporkan keadaan sebenar bahagian masing-masing kepada Pengurus Besar.


c. PENDIDIKAN

34. Tindakan Pengurusan Yayasan Selangor yang diketuai Pengurus Besar tidak perihatin terhadap pengwujudan atau penubuhan Yayasan Selangor. Matlamat ini sedikit demi sedikit dihancurkan dan untuk memartabatkan bangsa Melayu di Negeri Selangor akan hilang tanpa pembelaan. Sebagai contohnya adalah:

a. Usaha Pengurusan Yayasan Selangor untuk menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang berada di Bagan Terap dan keseluruhan pengurusan berserta komplek akan dijual. Keadaan ini jelas memusnahkan fungsi Yayasan Selangor untuk memberi kemudahan pembelajaran teknikal (Elektrik) kepada orang Melayu khususnya belia Melayu di Negeri Selangor.

b. Tindakan juga dilihat merugikan adalah untuk merobohkan Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK) dan akan dijadikan tempat komersial yang diharapkan untuk mendapatkan pulangan yang tinggi kepada Yayasan Selangor. Kedaan ini akan merugikan kepada kemudahan penginapan pelajar yang belajar yang tidak mendapat kemudahan Asrama untuk tinggal. Tindakan ini telah direncanakan oleh ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN anak muda yang tidak matlamat penubuhan Yayasan Selangor.

c. Perancangan yang akan menggunakan peruntukan yang tinggi adalah perancangan untuk merobohkan Kem Bina Semangat (KBS) dan akan dibina sebuah hotel. Tindakan ini perlu dilihat secara terperinci dari kesan peruntukan dan kesan akan datang iaitu boleh mendapatkan pulangan semula terhadap perbelanjaan yang telah digunakan.


c. PEROLEHAN & BEKALAN

35. Pengurus Besar telah meminta supaya dapat memenuhi segala peraturan yang melibatkan perolehan dan bekalan. Keutamaan dalam perolehan dan bekalan mestilah mendapat atau membuat panggilan kepada 5 syarikat seminima dan juga syarikat mestilah berdekatan dengan tempat kerja yang hendak dijalankan.

36. Pengurus Besar juga telah memaklumkan bahawa tindakan berhubung dengan perolehan akan ditenderkan secara terbuka dan tidak akan dijalankan secara pilihan. Ini kerana sebelum telah banyak kakitangan yang telah makan duit kerana tidak membuat pilihan secara tender. Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya di mana:

a. Tindakan yang memberhentikan beberapa syarikat bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Yayasan Selangor sehingga Yayasan Selangor telah dikenakan tindakan saman.

b. Tindakan Pengurusan Yayasan Selangor yang tidak mengikut peraturan Perolehan dan Bekalan serta arahan awal Pengurus Pesar telah terjadi apabila Pengurus Kanan Aset Pelaburan, ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN telah melantik tanpa mengikut prosedur sebutharga atau tender kepada Syarikat Feton Park Sdn Bhd (Syarikat yang dimiliki oleh Bapa Saudara Kepada Isteri Beliau yang berada di Kedah) untuk menjalankan penyewaan tempat letak kereta di hadapan LRT Taman Jaya yang akan bermula 1 Ogos 2010.

c. Ibu Pejabat Yayasan Selangor yang kini berada di Menara Yayasan Selangor dijangka akan berpindah pada Ogos 2010 di Pusat Perdagangan Dana 1, Kelana Jaya (Kedudukan di Rumah Kedai) ini telah menjatuhkan maruah organisasi Yayasan Selangor. Perancangan Perpindahan ini juga tidak mendapat persetujuan daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Perancangan dilakukan oleh ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN. Kos pengubahsuaian amat tinggi dan perpindahan ini tidak dimaklumkan dan tidak mendapat kelulusan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

d. Selain itu kos perpindahan termasuk pengubahsuaian dijangka menekan belanja RM1 juta. Oleh itu kerja bagi pengubahsuaian ini dibuat tanpa membuat peraturan sebutharga atau tender hanya dilakukan secara panggilan teman-teman atau rakan kepada ENCIK MOHD SAIFULRUDDIN BIN SULAIMAN sahaja.

e. Berlakunya terlalu banyak pembaziran dalam urusan kewangan yang mana sebutharga yang dinilai pada kedudukan yang rendah tetapi pilihan adalah sebutharga pada nilaian yang tertinggi dengan pembahagian kepada syarikat kawan rapat dan saudara mara sahaja.

f. Perancangan juga akan dibuat untuk menjual atau membuat pembinaan semula bagi Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang. Tindakan ini memerlukan belanja yang tinggi.

g. Selain itu, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya dirancang untuk dirobohkan dan akan dibina semula sebagai sebuah Hotel. Tindakan difikirkan amat merugikan kerana kesan akan datang tidak dianalisa dengan teliti yang akan merugikan.

h. Kini Yayasan Selangor sedang menghadapi 3 saman dan akan sampai lebih banyak lagi.

37. Kakitangan juga telah diarahkan untuk bersiapsedia berpindah ke Kelana Jaya, tanpa mengendahkan kebajikan kakitangan kerana majoriti tinggal jauh dari tempat tersebut iaitu di sekitar Kuala Lumpur, Cheras, Bangi, Kajang, Semenyih, Hulu Langat dan didapati pengangkutan awam agak sukar. Kakitangan hanya diberi tempoh 6 bulan untuk menggunakan kenderaan khas dari stesen LRT dan selepas itu kakitangan diminta berusaha sendiri untuk ke tempat kerja. Dijangka perpindahan pada bulan Ogos ini iaitu pada bulan Ramadhan.

38. Segala tindakan dan perubahan telah membelakangkan keputusan dan tidak mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor atau daripada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

39. Pengurusan Yayasan Selangor tidak mengendahkan dan tidak akan membayar faedah persaraan kepada Warga Kerja yang telah berhenti, walau pun telah mencapai syarat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan Yayasan Selangor Pindaan 2001.

40. Isu yang terbaharu adalah penutupan IKYS yang mana semua pelatih IKYS dipindahkan ke Kolej INPENS tanpa membuat usul pemeriksaan. Untuk pengetahuan bahawa Pelatih IKYS adalah mengikuti jurusan Elektrik yang mana IKYS telah mendapat pengiktirafan dan kompeten daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Apa yang malangnya adalah perpindahan pelatih ini sungguh rugi kerana Kolej INPENS tidak mendapat pengiktirafan dan kompeten daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dan baru hendak memohon. Jadi keadaan ini semangkin huruhara dengan menangguhkan sementara sehingga bulan Disember 2010 untuk perpindahan. Ini menunjukkan kelemahan Pengrusan Yayasan Selangor yang tidak membuat usul periksa dan kajian terperinci sebelum membuat keputusan. Ini kah yang dikatakan Pentadbiran membela masyarakat.

41. Kejadian pada minggu lepas dimana Pengurus Besar Yayasan Selangor telah mengarahkan seramai 15 orang warga kerja diperingkat pengurusan untuk mendatangani surat berhenti 24 jam dengan tidak meletakkan tarikh. Dalam kenyataan tersebut bahawa warga kerja akan hilang semua faedah dan kemudahan yang sepatutnya diterima akan hilang. Tindakan ini adalah sebagai paksaan kepada warga kerja perlu mendatangani yang dianggap sebagai ugutan kepada warga kerja Yayasan Selangor. Antara mereka yang terlkibat seperti berikut:

1. Encik Mohd Ali B. Ithnin
2. Encik Zalini Bin Sulaiman
3. Puan Roslizah Bt Haji Arshad
4. Puan Izana Bt Ahmad
5. Encik Khairul Khailani Bin Rakmad
6. Encik Mohd Syukri Bin Md Yatim
7. Encik Zulkrib Bin Mohd Korib
8. Encik Wan Roslee Bin Wan Yackob
9. Puan Hjh Suraya Bt Abd Wahab
10. Puan Siti Rafeah Bt Dato’ Rani
11. Encik Samsuddin Abu Bakar
12. Tuan Haji Azhar Bin Mohamad
13. Encik Onnie Zurin Bin Abu
14. Encik Hazandi Bin Hasun

15. Puan Norlinda Bt Nasruddin

K7L : Pakatan aniaya Yayasan Selangor?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk