25/05/2015

Rohingya - Antara Mangsa Kekejaman Dan Peluang Perlindungan





Kita simpati. Kita bantu. Sebelum Keris ulas sikit, Keris nak kongsikan tulisan rakan blogger Rezqeen Hill :

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan yang barang kali sesuai ditujukan buat pelarian 

Rohingya Muslim yang kini hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa menagih simpati daripada negara² serantau ASEAN. Menurut berita Saudi Gazette, kerajaan Arab Saudi telah memberikan kebenaran tinggal kepada lebih 170,000 orang pelarian Muslim Rohingya di sini dan selebihnya berjumlah 4 juta orang lagi sedang dalam proses pengurusan. 

Pengerusi Komuniti Muslim Rohingya di Arab Saudi, Abu Al-Shamie Abdul Majid berkata pelarian Muslim Rohingnya sudah menjadi sebahagian daripada rakyat Arab Saudi setelah kerajaan junta seakan menutup mata dengan penghapusan etnik di sana. 

Hal yang terjadi hari ini di Myanmar benar² menyedihkan apatah lagi PBB sendiri menganggap Muslim Rohingya adalah etnik / kaun yang paling teraniaya di dunia di mana kerajaan Myanmar sendiri tidak mengakui mereka sebagai warganegara tersebut. 

Paling malang sekali penganut Buddha memusuhi mereka. Muslim Rohingya telah diterima masuk sebagai imigran pertama dari Myanmar ke Arab Saudi dengan persetujuan Raja Abdul Aziz semenjak tahun 1968. 

Kemudiannya pada tahun 1980, Raja Saud telah mengeluarkan kebenaran membenarkan mereka (Muslim Rohingya) untuk tinggal tetap di Arab Saudi dengan terma sebagai pendatang yang dilindungi. 

Mereka diberikan hak kebal bebas daripada beberapa hukum dari peraturan kependudukan serta terkecuali daripada penganiayaan dan sebagainya di sana. Kebanyakan Muslim Rohingya tinggal di Mekah dan bekerja di sektor pembinaan dan mengajar membaca Al-Quran.

Berdasarkan daripada apa yang ditulis oleh rakan Keris. Kerajaan Arab Saudi bersedia menerima kaum Rohinghya ini. Keris faham ada beberapa pihak yang minta Malaysia ambil mereka, bela mereka. 

Boleh. Tapi jangan menyesal jika mereka 'berusaha' melebihi kita seperti apa yang berlaku sekarang, Pendatang Asing berniaga dan bekerja lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri. Kamu nak mereka diberi peluang, tetapi ruang untuk kamu sendiri pun belum tentu ada, bagaimana pula?

Keris bukan selfish, Keris juga sebak dengan apa yang terjadi kepada mereka. Apakan daya duit tak ada jadi Keris berdoalah untuk mereka. Dan cadangan kepada pihak Kerajaan, buatlah rundingan bersama Myanmar di Malaysia ataupun sediakan pengangkutan untuk dihantar mereka ini ke Arab Saudi sekiranya benar Kerajaan Arab Saudi menerima.

Bantu ini ada banyak cara. Bukan ada satu sahaja.

K7L : Harap tidak ada yang melompat dengan posting ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk