12/06/2015

Guan Eng Ajar PAS Cara Nak Usul Di Muktamar PAS #PolitikAneh



Guan Eng mengulas mengenai keputusan Muktamar PAS kali ke-61 baru-baru ini yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa usul yang dipersetujui sebulat suara itu akan dibawa ke sidang Majlis Syura parti untuk dibahas dan diputuskan dalam masa yang terdekat.

"Usul itu sebenarnya diterima untuk dibawa ke Majlis Syura dan tidak buat keputusan di dalam muktamar.

"Seberapa segera yang dapat dilaksanakan," kata Abdul Hadi ketika ditanya media tentang tarikh perbincangan Majlis Syura berkenaan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Pemilihan PAS baru-baru ini menyaksikan golongan pro-ulama di dalam parti itu menang besar menewaskan para pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat sekaligus menyaksikan usul memutuskan hubungan dengan DAP gamat mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Sebelum ini, AJK PAS Pusat yang menerima undian tertinggi untuk jawatan berkenaan, Nasruddin Hassan Tantawi turut menjelaskan bahawa hubungan DAP dengan partinya adalah ditahap "retak menanti belah".

Meskipun keputusan rasmi pemilihan PAS telah diumumkan, DAP masih lagi tidak putus-putus melancarka serangan demi serangan terhadap PAS walaupun parti itu menegaskan bahawa mereka masih setia bersama Pakatan Rakyat. -Kedahnews.com 

Haha! Ini memang kelakar. PAS kena ada maruah untuk lawan balik si pentol Guan Eng ni. Jika tidka malulah jadi ahli PAS lagi-lagi pemimpin. DAP cuba nak ajar PAS cara nak buat usul?

Yang lebih lawak, Hadi siap nak explain balik pada Guan Eng. Come on lah! Ini parti masing-masing. Tengok betapa busuknya hati DAP, mereka hina dan siat-siat maruah Presiden PAS.

Selepas itu mereka cuba nak ajar dan kawal pergerakan PAS termasuk usul. Beri tekanan supaya PAS menyerah kalah dan melutut. Apa ni? Pakatan Rakyat dah jadi caca marba kerana sikap DAP sendiri.

Tak akan PAS nak diam diri? Lawan sahaja DAP tu. Ke takut dengan DAP yang kononnya banyak bantu PAS menang? Buat pengetahuan PAS, DAP lah punca PAS kurang kerusi sebab undi cina hanya untuk PKR dan DAP. 

Tak percaya pergi risik sendiri. DAP tak pernah bantu PAS.

K7L : Harap maklum..

1 ulasan:

  1. Syok sendiri PAS ini. Bangga kemudian riak bertahaluf siyasi. Bagai dunia ana yang punya. LGE bila lagi nak jadi islamnya?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk