27/07/2015

3 Exco PAS Dah Mula Kemas Kota Di Pejabat Masing-Masing?



TIGA Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor, iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib mungkin sudah boleh berkira-kira untuk mengemas pejabat masing-masing yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Ini kerana khidmat mereka mungkin tidak diperlukan lagi apabila PKR dan DAP bakal menubuhkan pakatan pembangkang baharu yang akan disertai oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri pun secara terbuka menyatakan yang Pas tidak akan dilibatkan langsung dalam pakatan baharu tersebut atas alasan menjadi punca 'kematian' pakatan pembangkang sebelum ini.

Lagipun, jawatan ketiga-tiga mereka boleh diisi oleh wakil rakyat Pas yang telah melahirkan kesediaan untuk lompat parti dengan menyertai GHB iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib atau mana-mana ADUN dari PKR mahupun DAP.

Sekiranya kesemua kemungkinan ini menjadi kenyataan maka Iskandar, Ahmad Yunus dan Zaidy sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Buat apa mereka berharap lagi kerana ketiadaan wakil rakyat Pas sekali pun tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor sedia ada.

Dengan 13 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP ditambah dua kerusi GHB (ADUN Morib dan ADUN Hulu Kelang) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jeffrizal Jaafar, sekiranya Mohamed Azmin Ali menggugurkan ketiga-tiga Exco Pas terbabit dan menggantikan dengan 'geng GHB', maka Menteri Besar Selangor itu telah mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"GHB merupakan satu cadangan parti baharu bagi menggantikan Pas kerana perselisihan antara Pas dengan DAP. Tetapi GHB bukanlah satu parti yang wujud sewaktu PRU-13 yang mendapat mandat daripada rakyat Selangor. Azmin tidak boleh membelakangkan rakyat yang memilih Pas sebagai sebahagian daripada parti yang mewujudkan penubuhan kerajaan negeri pasca PRU-13.

"Menteri Besar tidak boleh bermain silap mata dengan menggantikan Pas kepada GHB demi mengekalkan tubuh kerajaan negeri. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada Pas," katanya.

Sewajarnya, katanya, Azmin membubarkan kerajaan negeri dan menyerahkan semula kepada rakyat bagi memberi mandat baharu kerana rakyat sudah serik dengan Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor sebelum ini yang menyaksikan mereka dihidangkan dengan drama politik.

"Sepatutnya Menteri Besar memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat seperti menarik pelaburan jangka panjang bagi melonjak perolehan negeri seterusnya menyalurkannya kembali kepada rakyat. Atau mencari jalan penyelesaian terhadap isu air," ujarnya.

Jika Pas masih merasakan mereka mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah rakyat, mungkin suda tiba masanya untuk merealisasikan penubuhan kerajaan bersama UMNO-Pas di Selangor yang pernah dicadangkan oleh penganalisis politik, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya sebelum ini. Mereka boleh melantik bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini merupakan wakil rakyat Bebas sebagai Menteri Besar yang baharu untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri bersifat neutral.

Gabungan sebegini pernah dibuat oleh Parti Perikatan sebelum ini dan berjaya hingga negara mencapai kemerdekaan. Namun, Pas dengan 13 kerusi DUN (selepas dua wakil rakyat sertai GHB), UMNO 12 dan Bebas satu kerusi, belum cukup bagi mencapai majoriti mudah. Gabungan ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Yang menjadi persoalan, siapa dari PKR atau DAP yang sanggup menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan lompat parti dan menyatakan sokongan kepada gabungan kerajaan bersama tersebut? Atau senario politik yang 'panas' ini akan kembali dingin apabila GHB dikatakan tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Seperti kata Iskandar yang merupakan Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Selangor, beliau tidak hairan jika pelancaran parti baharu yang diasaskan oleh GHB pada 14 September ini ditangguhkan sekali lagi selepas tertangguh sebanyak dua kali.

Malah beliau juga tidak terkejut jika penubuhan parti baharu itu dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walau apa pun, kita tunggu dan lihat sahajalah bagaimana mana berakhirnya permainan politik pakatan pembangkang ini. - Utusan

Kita nak lihat, berani atau tidak Azmin buat keputusan. Kit Siang dah bagi tekanan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk terus 'benamkan' serta 'kuburkan' PAS dari berkuasa.

Peperangan PAS-DAP masih belum habis lagi. PAS dilihat tidak ofensif namun juga tidak bertahan berbanding DAP yang dilihat agresif kerana terlalu emosional apabila melibatkan PAS yang dikatakan pengkhianat.

K7L : Bagaimana pengakhiran mereka?

3 ulasan:

  1. Budaya cinapek DAPigs sememangnya agresif dan kurang ajar.
    Islam pulak mengajar kita supaya tidak cepat melatah dan bersabar....
    Terpulanglah budak2 Melayu sekarang nak menyokong parti yang kurang ajar dan biadap atau parti Islam.

    ReplyDelete
  2. Asal bukan Dap dn sekutu2 nye

    ReplyDelete
  3. Kesian pas...pru 14 nanti sokong pas&umno....
    Dapig bukan parti demokratik...ia parti maharaja lim...
    Buat huru hara dan perkauman jer...
    Maskot mrk...sundal bogel alvin tan...sundal yg dijunjung dan disanjung maharaja lim krn bersatu hina Islam n melayu....
    Maskot lain...tony bodo...mat sabun n anak dia sendiri....hehehe
    Dia tak mcm cina lain yg jaga keharmonian...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk