30/07/2015

Harap Banteras Judi Dengan Betul - Jangan Klimaks Awal!



Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PRDM) membanteras aktiviti perjudian habis-habisan.

Beliau juga memberi amaran keras kepada kepada anggota polis yang cuba memberi perlindungan kepada pusat perjudian dengan mengatakan tindakan keras akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

"Saya memberi amaran mana-mana pegawai polis, anggota polis atau mana-mana individu sama ada mewakili NGO, mahupun individu beri perlindungan kepada rumah judi, mereka akan tidak pernah terlepas tindakan daripada pihak KDN," kata Zahid.

Zahid yang mengulas lanjut berkata, beliau mahu sarang perjudian ini diperangi habis-habisan kerana dengan aktiviti perjudian akan merosakkan akhlak anak muda zaman kini yang senang terjebak ke kancah itu.

"Aktiviti perjudian ini boleh merosakkan remaja, golongan berpendapatan rendah dan menyebabkan keluarga menjadi retak, porak peranda.

"Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang setuju aktiviti judi berleluasa," katanya.

Oleh itu, Zahid berharap rakyat memberi sokongan kepada pihak polis dan KDN dalam membasmi aktiviti perjudian yang merosakkan kehidupan rakyat.

Beliau juga berharap, semua ketua polis di seluruh negara dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan KDN dan dapat memainkan peranan masing-masing bagi membanteras aktiviti perjudian ini.

"Saya harap ketua-ketua polis di seluruh negara menepati arahan KDN," ujarnya.

Zahid yang baru memulakan tugas baru sebagai Timbalan Perdana Menteri memberi pengumuman gembira kepada anggota polis dengan mengatakan beliau akan memberi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan di perumahan polis.

"Saya baru mulakan tugas pertama sebagai TPM dan InsyAllah saya akan berikan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk kawasan perumahan polis," katanya. -Utaranews.com-

Rakyat nak betul-betul jadi. Kita tak mahu dengar ucapan berdegar-degar kemudian klimaks awal. Opsss. Ini bukan hentam TPM tapi pesanan kepada orang-orang TPM supaya semua itu berjalan dengan baik.

Alang-alang nak seluk, seluk betul dalam. Hari ini orang Melayu banyak ada masalah dadah. Kita harap TPM banteras juga aktiviti dadah. Mungkin juga boleh kuatkuasakan serbuan pada kelab malam dan tangkap mereka yang minum arak sekali?

K7L : Bagi masa pada TPM..

5 ulasan:

  1. Tutup la genting...ade brann???

    ReplyDelete
  2. Judi je ke? Yg lain2 pejam mata ke?hangat skjp je tu sb baru naik pangkat.

    ReplyDelete
  3. Zahid dr dulu sembang kencang

    ReplyDelete
  4. Sapa tak kenal zahid hamidi,cakap berdegar2,last sekali hampas

    ReplyDelete
  5. Dulu Tun singkir dok dlm buangan sorang2 kat mekah...skrg ni dpt kuasa...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk