07/07/2015

Senarai Barangan Harga Terkawal Hari Raya Aidilfitri 2015


Sebanyak 21 jenis barangan telah disenaraikan dalam senarai barangan harga terkawal Aidilfitri 2015 yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015. Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan. Skim ini akan dilaksanakan bermula dari 7 hingga 23 Julai 2015 iaitu selama 17 hari.
ini.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat. 


klik untuk besarkan imej

Sealin daripada itu Keris juga nak ingatkan pembaca untuk ambil tahu tentang barangan-barangan kawalan lain yang mempunyai harga wajib ataupun harga siling yang patut dipatuhi oleh semua peniaga dan telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 :
  1. Gula 
  2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
  3. Garam
  4. Simen dan klinker 
  5. Tepung gandum 
  6. Minyak masak 
  7. Baja 
  8. Racun serangga 
  9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah 
  10. Bar bulat keluli lembut 
  11. Minyak tanah 
  12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara 
  13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja) 
  14. Padi (Sabah sahaja) 
  15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred 
  16. Bahanapi diesel 
  17. Gas petroleum cecair (LPG) 
  18. Semua jenis roti 
  19. Minyak bahanapi 
  20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan) 
  21. Kayu Getah 
  22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
SEMAKAN HARGA BARANG HARIAN TERKINI PENGGUNA ONLINE : KLIK 1MPB
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!
K7L : Kena bijak jadi pengguna..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk