06/07/2015

Tiada Lagi Kerajaan Pakatan Penang - Tapi Pendirian Salleh Man?




Guan Eng dah umum yang kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang'. Mereka buang perkataan 'Pakatan Rakyat' dan sekarang hanya nama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Walau pun begitu, Guan Eng dengan tanpa malunya berkata 'akan mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 68 peratus'.

Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah dakwaan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Mohd Salleh Man ADUN PAS juga bersetuju dengan ketetapan exco itu. Tetapi bukankah PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Guan Eng DAP juga dilaporkan berkata beliau tidak faham kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?"

Persoalannya, apakah Salleh Man PAS seorang yang 'pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip' seperti yang dipersoalkan oleh Guan Eng DAP?



Prinsip parti Salleh Man ialah memutuskan hubungan dengan DAP dan sebagai ADUN parti PAS, beliau patut berpegang kepada prinsip parti beliau.

1. Apakah Salleh Man seorang yang gila jawatan hingga sanggup membelakangkan prinsip parti beliaunya sendiri?
2. Apakah rendah sangat maruah Salleh Man dan sanggup dilabel terhegeh-hegeh bergayut kepada jawatan?

Atau Salleh Man mungkin akan keluar daripada PAS? ADUN Permatang Pasir ini disarankan supaya tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan tentang prinsip beliau.

K7L : Cakap tak serupa bikin..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk