14/09/2015

PAN Pecah Belahkan PAS - Mat Sabu Curi Ahli PAS?


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat mengulangi pendirian tegas Presiden parti bahawa PAS tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat 2.0 pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga berpendapat bahawa Parti Pekerja (Parti Amanah Negara belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan) pimpinan Hj. Mohamed Sabu sebagai pemecah belah umat Islam dan mencuri ahli-ahli PAS.

Presiden PAS, YB Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang tegas menyatakan bahawa antara sebab Tahaluf Siyasi dengan DAP dibatalkan adalah kerana parti perkauman DAP tersebut menentang keras pelaksanaan syariat Islam yang diperjuangkan PAS.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang BELUM DISAHKAN jawatannya berkata bahawa DAP tidak sesekali akan bekerjasama dengan PAS atau bersetuju dengan kemasukan PAS ke dalam Pakatan Rakyat 2.0 memandangkan parti tersebut telah menikam DAP dari belakang dan mahu melaksanakan hudud bersama UMNO.

K7L : Kah kah kah.. curi ahli...

2 ulasan:

  1. Yahudi yang sebenar berjaya pecah belah kan PAS. Sekarang PAN boneka kepada Yahudi

    ReplyDelete
  2. Pas kata Pan yg pechahbelahkan ummat. .Pas sendiri pechah belah kan ummat dengan Doa Paling Terkenal di Arash Tuhan iaitu KO KO dan Chelako Chelako yang tu menyatukan Ummat ka?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk