19/11/2015

PAS-UMNO Bergabung Selepas DAP Ditolak Mentah-Mentah?


 
Halamakkkkkkk... Ini merupakan mimpi ngeri buat PKR yang sememangnya bergantung harap kepada undi PAS untuk menang Pilihanraya. Sebab itu Azmin Ali berkeras tak mahu buang Exco PAS kerana dia masih memerlukan bantuan PAS jika ingin terus jadi Adun Bukit Antarabangsa.

Apapun mari kita baca sedikit kupasan oleh seorang hamba Allah berkenaan gabungan UMNO-PAS ini.

 

Perpecahan orang Melayu pada asasnya berkisar pada permasalahan politik dan agama. Pernah timbul cadangan agar diusahakan penyatuan UMNO dan Pas untuk memperkukuh perpaduan Melayu. Malah ada juga cadangan yang meminta usaha perpaduan Melayu ini turut membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kepemimpinan parti itu diterajui oleh orang Melayu dan ahlinya juga didominasi oleh orang Melayu.

Hakikat bahawa perpecahan dalam politik Melayu semakin menajam adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Perpecahan politik Melayu hari ini lebih banyak didorong oleh rasa dendam dan kepentingan peribadi sehingga membawa kepada tuduh menuduh, hina menghina dan fitnah memfitnah. Konsep persaudaraan Islam sudah tidak dipedulikan lagi.

Justeru, usaha penyatuan dan perpaduan Melayu perlu dibina di atas landasan yang kukuh jauh melangkaui soal politik. Apa yang penting ialah masing-masing perlu menghormati antara satu sama lain berdasarkan semangat persaudaraan Islam. Perpaduan yang hendak dibina mestilah berpaut kepada “tali Allah”, yakni agama Allah.

Bersatu melalui “tali Allah” adalah berasaskan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah……”. (Ali Imran:103). Kedua-dua parti itu memahami kehendak ayat itu tetapi mengapa jalan penyatuan masih lagi sukar dirintis?

Jika masalah perpaduan Arab di zaman nabi yang lebih kronik daripada bangsa Melayu dapat diatasi dengan “tali Allah” maka sudah tentulah tidak terlalu sukar untuk menyatukan UMNO dan Pas. Pokok pangkalnya ialah keikhlasan dan masing-masing tidak berdolak dalik dan tuduh menuduh. Matlamat perpaduan yang dihasratkan tidak akan tercapai sekiranya wujud sikap fanatik. Sikap fanatik atau kepercayaan “aku” semuanya betul wajar disingkirkan jika kita benar-benar ikhlas mahu membina perpaduan.

Walaupun ada perbezaan dalam gerak kerja atau perjuangan parti tetapi kedua-dua parti Melayu terbesar itu mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memperjuangkan agama dan bangsa. Bersatu tidak semestinya kita mesti berada dalam satu parti atau organisasi. Allahyarham Syed Hussein Alatas semasa hayatnya pernah menyebut perpaduan Melayu mesti berlandaskan kepada persamaan tujuan dan persefahaman dari segi moral dan tidak semestinya melalui satu parti.

Parti hanyalah satu medium atau alat untuk capai matlamat. UMNO dan Pas boleh saja wujud tetapi kedua-duanya harus bersatu dalam perkara berkaitan agama dan bangsa. Umno dan Pas hendaklah bersatu dalam perkara-perkara berkaitan akidah dan syariat serta perkara berkaitan kepentingan bangsa. Contohnya, dalam isu murtad kedua-duanya mesti bersatu hati dan bekerjasama dalam memerangi gejala murtad serta memerangi golongan yang berusaha memurtadkan orang Islam di negara ini.

Demikian juga dalam menegakkan hukum hakam agama, iaitu dalam lingkungan yang berupaya dilaksanakan mestilah ada kata sepakat UMNO dan Pas. Dalam soal khilafiah pula, kedua-dua parti itu hendaklah bersikap tasamuh atau berlapang dada dengan menerima perbezaan pandangan.

Penulis mencadangkan diwujudkan satu majlis yang dinamakan ‘Majlis Syura Umno-Pas’ yang dianggotai oleh ulamak-ulamak dari kedua-dua parti terbabit. Majlis ini harus berperanan membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan ummah.

Segala hasil atau keputusan majlis syura yang bersifat konkrit dan realistik harus dipertimbangkan kerajaan untuk dilaksanakan. Jika majlis syura ini dapat dilaksanakan maka secara tindak langsung ia akan menjadi perintis kepada perpaduan UMNO-Pas yang lebih kukuh dan realistik.

Kesimpulan, perpaduan Melayu yang membabitkan perpaduan UMNO-Pas mestilah berpaut kepada “tali Allah”, yakni agama Islam. Dalam konteks kenegaraan, perpaduan Melayu menjadi asas kepada perpaduan nasional. Perpaduan rakyat Malaysia tidak akan tercapai dengan kukuh sekiranya perpaduan Melayu itu lemah dan rapuh. - BH 31 Jan 2012


PENULIS ialah Penolong Pengarah di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk