07/12/2015

Cuepacs Perlu Turunkan Had Umur Pesaraan Jika Setuju Buang Pekerja Kurang Prestasi?


 

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong tindakan terhadap penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja tidak memuaskan termasuk dikenakan pemberhentian kerja.

Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, tindakan di bawah dasar pemisah itu boleh memberi peringatan terhadap golongan terbabit agar sentiasa mematuhi peraturan kerja dan disiplin bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tersebut.

“CUEPACS menyokong langkah kerajaan itu dalam usaha mempertingkat mutu perkhidmatan awam. Pada masa sama, tindakan itu juga boleh memberi pengajaran kepada penjawat awam lain agar lebih bertanggungjawab dengan tugas mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa semalam yang berkata penjawat awam yang dinilai dengan markah bawah 60 daripada markah penuh 100 dalam penilaian 2015 berisiko dikenakan tindakan itu. - Utusan

Wah! Cuepacs setuju untuk penilaian bagi mereka yang menerima markah SKT (bahasa penjawat awam) rendah untuk ditamatkan perkhidmatan. Namun Keris minta Cuepacs serta pihak Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji beberapa faktor seperti :

1. Keadaan persekitaran kerja

Kadang-kadang persekitaran pekerjaan juga menjadi peranan prestasi kerja tidak dapat dicapai.

2. Hubungan pekerja dengan ketua unit/penyelia 

Kebiasaanya ketua unit/penyelia akan  'pilih kasih'. Kadang orang yang tak buat kerja malahan kerja serupa sampah juga boleh dapat anugerah cemerlang. 

3. Masalah 

Mungkina ada yang mempunyai masalah peribadi. Ada juga kes gangguan seksual yang boleh menjejaskan prestasi kerja.

Sebab itu penilaian prestasi kerja bagi mereka yang bermarkah rendah, perlu disiasat terlebih dahulu sebelum dinilai untuk diberhentikan. Kena tengok banyak sudut. Hari ini ramai yang teraniaya dihukum. 

K7L : Kasi turun had umur pesara baru yang lain ada motivasi nak kerja bagus untuk naik pangkat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk