30/12/2015

Isu Bauksit - SPRM Buka Kertas Siasatan! #BetterLateThanNever



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun memulakan siasatan berhubung isu perlombongan bauksit seperti yang diminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“SPRM akan terus mengumpulkan maklumat-maklumat yang boleh membantu siasatan SPRM berhubung isu perlombongan bauksit dan kita (SPRM) sedang meneliti sama ada terdapat elemen rasuah atau tidak mengikut Akta SPRM 2009,” kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki kepada BNBBC.my, Selasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam terutama penduduk di kawasan berkenaan supaya memberi kerjasama membantu proses pengumpulan bukti SPRM berhubung isu berkenaan.

“SPRM juga akan mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Negeri Terengganu bagi menangani isu ini dengan efektif,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Razif bertegas mahu siasatan dilakukan SPRM, termasuklah ketirisan maklumat operasi serta integriti penguatkuasa dan pegawai sama ada telah disogok dengan wang oleh pengusaha bauksit atau tidak.

“Kalau boleh saya mahu tutup aktiviti bauksit ini esok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ketelusan pegawai penguat kuasa,” kata Ahmad Razif yang kesal dan kecewa kerana masalah operasi bauksit yang berleluasa tetap gagal ditangani sekalipun telah berusaha berbuat demikian.

Satu tindakan yang amat baik daripada SPRM. Laksanakan siasatan dan tangkap siapa yang terlibat JIKA WUJUD sebarang penyelewengan. Diharap tidak ada campur tangan pihak tertentu. 

K7L : Tangan ghaib banyak belang-belang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk