18/01/2016

ADUN Penang Hutang RM200K - DAP Penang Jadi Buta,Pekak Dan Bisu?


Sumber : MyMassa
Selepas seminggu pendedahan ahli perniagaan Datuk Chan Swee Teik berkenaan salah laku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, semua pimpinan parti menutup mulut daripada membicarakan isu itu lagi.

Pada 9 Januari lalu, Chan yang dikenali sebagai Jackie mengadakan sidang media mendedahkan ADUN PAP Pengkalan Kota Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee gagal membayar balik hutang melebihi RM200,000 yang dipinjam daripadanya sejak daripada Mei 2013.

“Selepas sidang media oleh Jackie Chan seminggu lepas, tiada apa-apa (respon), tiada satu perkataan daripada DAP terutamanya dari kumpulan rasis di Pulau Pinang. Semua tutup mulut.

“Portal-portal (pembangkang) Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Chronicle menggelapkan (tidak menyiarkan sidang media Jackie itu). Dapat tawaran projek baharu ?, “kata Tan Khai Beng dalam Facebooknya


Dalam sidang media Jackie itu beliau turut menunjukkan gambarnya bersama YB Lau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membuktikan beliau merupakan penyokong DAP.

“Saya pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.

“Maka saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.

“Saya hendak selesaikan masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau pulangkan amaun itu, di mana saya telah memberi diskaun kepadanya, tapi beliau enggan berbuat demikian.

“Sekarang beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau melayan saya tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit daripada saya. Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.

“Tambahan lagi, saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB Lau tahu semua ini,”kata Jackie.

Beliau turut berharap agar penasihat DAP, Lim Kit Siang campur tangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah ini,”katanya lagi.

K7L : Hmmm.. mereka buta pekak dan bisu?.. dasar cauvinis DAP!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk