13/01/2016

Aziz Bari Vs Iskandar Samad - PAS Mula Ditekan DAP?



Bekas calon PKR Parlimen Sabak Bernam Dr Aziz Bari dikhabarkan sebagai calon DAP untuk menentang YB Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

DUN Chempaka merupakan salah satu daripada lapan DUN yang menjadi target DAP sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri, Tony Pua pada Oktober tahun lepas.

DAP memilih DUN Chempaka memandangkan Iskandar merupakan Yang Dipertua PAS Pandan, Pesuruhjaya PAS Negeri dan Naib Presiden PAS Pusat.

Selain DUN Chempaka, DAP juga turut mensasarkan DUN yang dimenangi pemegang-pemegang utama PAS negeri, iaitu DUN Paya Jaras yang dimiliki YB Mohd Khairuddin Othman yang juga Setiausaha PAS Selangor; DUN Taman Templer milik YB Zaidy Abdul Talib, Bendahari PAS Selangor merangkap Yang Dipertua PAS Selayang dan DUN Tanjong Sepat milik YB Ir. Mohd Haslin Hassan, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor merangkap Yang Dipertua PAS Sepang.



Empat lagi DUN yang turut diintai DAP adalah DUN Lembah Jaya (YB Khasim Abdul Aziz/Yang Dipertua PAS Ampang), Sri Serdang (YB Noor Hanim Ismail/AJK PAS Selangor), Meru (YB Abd Rani Osman/bekas Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Dusun Tua (YB Razaly Hassan/Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu Langat).

Nampaknya PAS Sudah ditekan dengan propaganda daripada DAP? Cubaan DAP menakutkan PAS. Mungkinkah kita akan lihat PAS senaraikan calon untuk lawan DAP di 'kawasan' DAP menang tipis?

K7L : DAP punya goyang pun leh tahan..

2 ulasan:

  1. Melayu berlaga dengan melayu, cina dap goyang kaki bersorak.

    ReplyDelete
  2. Apsal Tony Pua sendiri tak lawan iskandar..kenapa taruk Aziz Bari..?
    Agenda Cina nak melagakan Melayu..Pastu jadi macam kajang..Aziz Bari Lu letak jawatan bagi sama Tony haaa..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk