23/05/2016

Akhirnya Guan Eng Mengaku Memfitnah Kerajaan Persekutuan?



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak atau memberi kesukaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menerima kelulusan membina jambatan ketiga sehingga memerlukan pembinaan terowong.

Fadillah juga mengambil maklum bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengakui beliau tidak mempunyai keberanian secukupnya untuk mengemukakan permohonan bagi kelulusan seumpama itu biarpun fakta yang diakui beliau bahawa kos membina jambatan adalah lebih rendah sehingga RM2 billion daripada membina terowong.

Malah, beliau turut mengalu-alukan kenyataan Guan Eng hari ini yang memaklumkan akan menghantar surat kepadanya minggu depan bagi memohon pembinaan jambatan ketiga di Pulau Pinang.


Tindakan Guan Eng ini sebenarnya telah menjeratkan dirinya yang selama ini cuba berselindung di sebalik pelbagai helah akhirnya mengesahkan secara tidak langsung segala yang diucap sebelum ini adalah satu pembohongan semata-mata.

Nampaknya dendam kepada orang Sarawak akan lebih menebal dalam hati dia yang kian hari kian bengkak. Kena tuju dari pelbagai sudut. Ini bukan jadi tupai yang jatuh ke tanah tapi mungkin jadi katak yang mati dilanggar mercedes.

K7L : Menjawab lah kau..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk