27/05/2016

PAS Sudah Tutup Buku Dengan Pakatan Harapan - Tiada Rundingan Apa-Apa Lagi



Azmin sebelum ini telah melamar PAS untuk bersama Pakatan Harapan, namun PAS menolak sekeras-kerasnya lamaran tersebut. Menjelang Pilihan Raya Kecil, Azmin mengugut PAS supaya tidak meletakkan calon bagi memberi ruang kepada calon Pakatan Harapan.

Dan yang kita tahu perbincangan PKR bersama PAS mungkin berlangsung untuk membincangkan soal calon yang bakal bertanding semasa PRK. Tetapi PAS telah mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam masa yang sama, PAS menegaskan sudah lama ‘tutup buku’ untuk bersama mereka apatah lagi mahu bekerjasama dalam PRK. 


“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,
” - Nik Abduh

PAS akan bertahan untuk melawan mana-mana parti yang akan bertanding nanti meskipun Pakatan Harapan akan mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang dikatakan sanggup untuk turun berkempen bersama pembangkang.

K7L : PAS sudah trauma?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk