30/06/2016

Mufti Pahang Dan Isu Kafir Harbi?



1. Nampaknya, terdapat segelintir pihak yang hati sakit dan sakit hati dengan kenyataan Mufti Pahang dalam isu Kafir Harbi. Amat malang juga, mereka tidak memeriksa kenyataan yang sahih keluar dari mulut Mufti Pahang sebaliknya mereka lebih tergoda dan mempercayai cerita atas angin yang dibentangkan di lembaran wassap, facebook dan media maya.

2. DAP kelihatan sangat-sangat marah. Amat malang pula beberapa kerat individu Islam turut sama membalun Mufti Pahang secara membabi buta, semberono dan mentafsir sendiri bacaan portal atas angin, FB dan wassap sahaja. Saya yakin Mufti Perlis pun tidak pernah menemui Mufti Pahang untuk mendapatkan penjelasannya. Maka kelihatan buruklah Islam itu kerana Mufti sesama Mufti dilihat saling bercakaran. Musuh-musuh sebenar Islam pun bertepuk-tanganlah.

2. Saya menggunakan pendekatan lain. Saya berjumpa sendiri dengan Mufti Pahang dan mendengar sendiri dari mulut beliau. Berikut catatan saya seterusnya.

3. Selepas mendengar penerangan Mufti Pahang, saya mendapati tidak ada asas untuk mendakwa beliau dalam Akta Hasutan. Sebaliknya, bagi saya mereka yang mengapi-apikan, mereka yang menambah-nambah cili padi dalam kenyataan itu yang perlu dikenakan Akta Hasutan. Mufti Pahang tidak pun menujukan kenyataan itu kepada DAP dan kita semua sangat pelik mengapa DAP kelihatan kepanasan dan sangat takut ?

4. Mufti Pahang tidak pernah menyebut menyeru umat Islam mengangkat senjata supaya memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Perbuatan sesetengah pihak memberi gambaran Mufti Pahang sebagai pengganas adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang sepatutnya dikenakan Akta Hasutan kerana mengapi-apikan rakyat Malaysia dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

6. DAP dan mereka yang sewaktu dengannyalah yang patut diperbetulkan. Kenapa reaction DAP berlebih-lebihan? Adakah untuk melarikan isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibicarakan? Sebenarnya, saranan Mufti Pahang adalah untuk kebaikan umat Islam. DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam sebagaimana jua Mufti-Mufti tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

7. Contohnya, pindaaan enakmen Mahkamah Syariah yang dibacakan oleh DS TG Hj. Hadi Awang adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk mereka yang Bukan Islam. Kenapa DAP khususnya gundah gulana?. Jika undang-undang mengenai salahlaku mencuri, merompak, menipu dan sebagainya dikuatkuasakan, yang untungnya semua orang termasuklah peniaga Bukan Islam. Bukankah itu satu kebaikan? Undang-Undang Islam memberi kebaikan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam turut menikmatinya.

6. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak melainkan Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. Perbuatan memusuhi Islam tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata tetapi juga dalam bentuk ideologi, politik dan sosio-ekonomi. Justeru, perbuatan memusuhi Islam dan menyokong kumpulan yang memusuhi Islam wajib ditentang dengan penuh hikmah dan bijajksana.

7. Perangi itu bukannya bermaksud perang mengangkat senjata. Perangi yang dimaksudkan ialah dengan tidak menyokong sesiapa yang menentang ajaran Islam. Maknanya sesiapa sahaja yang bukan Islam yang tergolong di dalam kafir harbi (kerana dia menentang syariat Islam) maka umat Islam tidak boleh menyokongnya terutama apabila sangat-sangat nyata dia menentang Islam. Perangi juga boleh dalam erti kata jihad membantu ekonomi umat Islam. Maka perangi itu bukanlah bermakna mengangkat senjata.

Sumber

K7L : DAP memang kuffar...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk