15/11/2017

131 Cerun Runtuh Sejak September 2017 - Gila Kan?



Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini pada 15 September dan 4 November lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata daripada jumlah itu, sebanyak 46 kejadian cerun runtuh berlaku dalam kejadian bencana alam 15 September lepas manakala 85 kejadian cerun runtuh pada 4 November di sepanjang rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR).


“Jalan-jalan yang terkesan iaitu Jalan Persekutuan Paya Terubong, Jalan Tanjung Tokong-Batu Ferringhi-Teluk Bahang-Balik Pulau, Jalan Tun Sardon dan Jalan Jeep, Bukit Bendera,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.

Beliau berkata buat masa ini Jalan Tun Sardon masih ditutup kepada lalu lintas kerana kerja-kerja pembersihan tanah dan pembaikan masih sedang dijalankan dan jalan berkenaan akan dibuka kepada trafik pada pukul 5 petang esok, manakala Jalan Paya Terubong telah dibuka pada 7 November lepas.

“Di samping itu, Jalan Jeep di Bukit Bendera juga telah ditutup sejak 5 November juga telah boleh dilalui pada 10 November. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan masih berjalan di tapak,” katanya.

Mengenai perkembangan pasca banjir, Lim berkata pihaknya masih memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di Seberang Perai Utara memandangkan limpahan air sungai dari Sungai Jarak dan Sungai Kulim merupakan salah satu punca air bah membanjiri kawasan berhampiran.

Beliau berkata JKR memberi keutamaan untuk mengawal trafik dengan meletakkan papan tanda selain turut menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan, pokok tumbang dan pembaikan kecil.

Lim juga berkata:”Berita gembira buat negeri Pulau Pinang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan Bajet 2018 untuk pembesaran LTAPP. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan.” ― Bernama

K7L : Dengar cerita tak mahu ikut spesifikasi Plan Malaysia?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk