18/11/2017

Alamak! Lebuhraya Tanpa Tol Di Semenanjung!



Sebahagian Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dibuka secara rasmi hari ini, melibatkan empat jajaran daripada keseluruhan 390 kilometer (km) projek yang bermula dari Bentong ke Gua Musang, Kelantan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembukaan jajaran itu akan mengurangkan jarak perjalanan asal sepanjang 43.7 km kepada 37.4 km sekali gus masa perjalanan dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada hanya 20 minit, walaupun hanya melibatkan pengurangan jarak sejauh enam kilometer.

Katanya ia menjadi alternatif terbaik kepada pengguna jalan raya dari Selatan dan Kuala Lumpur yang ingin pulang ke Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selain melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1.

"Laluan itu melibatkan empat seksyen iaitu Seksyen 3F1 dan Seksyen 3F2 sepanjang 13.2 km, dari Kampung Kubang Rusa ke Felda Chegar Perah di sini, yang mula dibuka pada 10 Jan dan 5 Julai lalu.


"Laluan kedua melibatkan Seksyen 3G dan Seksyen 3H dari Felda Chegar Perah 2 ke Kampung Kechur sepanjang 24.2 km yang mula rasmi dibuka hari ini," katanya selepas merasmikan pembukaan laluan baharu itu di sini.

Fadillah berkata pembukaan empat jajaran ini juga mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga pengguna jalan raya dan merupakan laluan terbaik bagi mereka yang mahu pulang ke Kelantan melalui laluan Kuala Lipis.

"Keutamaan kita adalah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya kerana statistik kemalangan di laluan asal antara yang kritikal disebabkan keadaan jalan yang berliku dan berbukit.

"Jalan baharu ini adalah jalan lurus. Tapi jangan ada yang beranggapan jalan lurus ini seolah-olah beri isyarat mereka boleh memecut. Sebaiknya ikut peraturan yang ditetapkan dan perlu berhati-hati," katanya.

Laluan itu merupakan 10 peratus daripada jarak keseluruhan projek itu iaitu 390 km, yang mana skop pembinaannya melibatkan pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ditanya sekiranya bayaran tol akan dikenakan di laluan baharu itu, Fadillah berkata: "Seperti namanya CSR, laluan ini juga merupakan CSR (tangggungjawab sosial korporat) kerajaaan kepada orang Pahang dan Kelantan."

Mengulas mengenai projek pembinaan jajaran tersebut, Fadillah berkata pembinaan projek CSR yang dimulakan mengikut fasa sejak tahun 2008 itu dianggarkan bernilai RM6.6 bilion apabila siap keseluruhannya.

Katanya Projek CSR yang disifatkan sebagai satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu dibahagikan kepada enam pakej utama dan kementerian itu menyasarkan ia siap sepenuhnya pada RMK-11, bergantung epada peruntukan yang diterima.

Enam pakej itu ialah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 51 km; Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63 km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107 km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (56 km); Raub ke Bentong, Pahang (60 km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53 km).

"Atas faktor keselamatan dan untuk mengatasi kesesakan di jalan persekutuan sedia ada dari Gua Musang ke Kampung Relong dan Raub ke Bentong, kementerian memberi keutamaan kepada projek Bentong Bypass yang kini dalam fasa memuktamadkan proses kerja," katanya. - Bernama 

K7L : Mahathir buat highway semua bagi kroni untuk tol..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk