01/11/2017

Jangan Beri Pada Kroni Mahathir, Takut Nanti PLUS Jadi Macam Perwaja



Bila dah jadi macam Perwaja, berbillion akan kena "bail out" untuk selamatkan syarikat itu. Risikonya besar. Lebih baik PLUS berada dalam tangan syarikat yang mampan kewangannya untuk jangka masa panjang.

Lagi pun Maju Holdings ini pemiliknya adalah kroni Mahathir. Orang inilah juga dulu yang uruskan Perwaja pada zaman Mahathir. Jawapan Dato Johari Ghani ini memang tepat.

Kenapa ya kroni Mahathir beriya iya mahu beli PLUS? Mahu bawa duit luar yang banyak menjelang PRU14?

Tiada rancangan untuk melepaskan kepentingan PLUS kepada Maju Holdings

Kerajaan tidak berhasrat untuk melepaskan kepentingannya dalam PLUS Malaysia Bhd kepada Maju Holdings disebabkan oleh ketidakpastian, risiko dan sumber pembiayaan yang tidak jelas berkaitan dengan rancangan tindakan pengambilalihan.

Kementerian Kewangan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan berhubung pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya itu tetapi ianya harus praktikal untuk mengelakkan PLUS daripada mengalami nasib yang sama seperti Perwaja Steel Sdn Bhd, yang telah menghentikan operasinya selepas diswastakan.

"Sebarang rancangan pengambilalihan bukan sahaja perlu mempertimbangkan aspek seperti mengelakkan kenaikan caj tol dan kos penyelenggaraan yang rendah, tetapi ia juga perlu memenuhi keperluan kerajaan.

"Ini termasuk keupayaan operasi dan kewangan untuk lebuh raya Utara-Selatan dalam jangka masa panjang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bertarikh 26 Oktober.

Selaras dengan ini, kementerian berkata sumber pembiayaan yang jelas dan mantap mesti menyokong rancangan pengambilalihan itu untuk memastikan pengurus aset strategik negara ini dapat menahan sebarang kejutan ekonomi dan ketidaktentuan pertukaran mata wang asing.

"Ini adalah perkara yang penting untuk memastikan kerajaan tidak perlu menyelamatkan PLUS sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Oleh itu, kerajaan mengambil serius kedudukan kewangan dan keupayaan entiti swasta seperti Maju Holdings dalam tawaran pengambilalihan korporatnya.

"Oleh kerana risiko dan ketidakpastian dalam perkara ini, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan kepentingan PLUS kepada Maju Holdings," katanya.

Pada bulan Ogos Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata beliau mahu memperoleh PLUS dengan membeli 51 peratus saham yang dipegang oleh UEM Group Bhd dan 49 peratus yang dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengambilalihan RM30 bilion atau lebih.

Abu Sahid juga berjanji bahawa sekiranya pengambilalihan itu akan berlaku, tidak akan ada kenaikan caj tol sehingga akhir konsesi pada tahun 2038.

KWSP dan UEM bagaimanapun telah mengulangi bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk melepaskan kepentingan mereka.

K7L : Jangan jadi Mahathir...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk