02/11/2017

Proton Kini Selamat! - Geng Bunga Mengamuk Proton Kaut Untung?



Apabila PM Najib Razak mengumumkan syarikat automatif dari China, Zhejiang Geely membeli saham Proton, puak Pakatan menuduh Najib menjual kedaulatan negara kepada negara asing.

Hakikatnya, Najib mahu menyelamatkan Proton yang tenat dan hampir bankrap dan beroperasi dengan ehsan kerajaan.

Keputusan Najib mula berbuahkan hasil apabila CEO Proton, Li Chunrong mahu pengedar alat ganti menurunkan harga 20 % supaya Proton boleh mengurangan kos pengeluaran.

Jika berkesan, pengguna kereta Proton bakal menikmati alat ganti lebih murah dan secara langsung meningkatkan jualan Proton.

Pengedar alat ganti juga berpeluang menembusi pasaran antarabangsa kerana Geely memiliki Volvo dari Sweden dan banyak kilang pengeluaran di seluruh dunia.

Jualan Proton jatuh merudum kerana harga alat ganti yang mahal, disebabkan dasar monopoli hasil legasi Tun Dr Mahathir.

Pakatan mahu mempolitikkan semua keputusan kerajaan sehingga gagal melihat masa depan Proton, kakitangan dan vendor.

#Najibrazak #KekalBN #RespectmyPM

K7L : #KekalNajib

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk