04/12/2017

Azwan Ali Meroyan Pasal Anak Sedara Dan Azmin?



RABU lalu, negara digemparkan dengan berita anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia membabitkan kes melombong pasir tanpa lesen di Sungai Long, Kajang sehingga mengakibatkan anak sungai tertimbus serta tersekat.

Susulan penahanan itu, selebriti terkenal, Azwan Ali dilihat meluahkan rasa gembira berhubung kes berkenaan menerusi beberapa posting di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Azwan berulang kali mengucapkan tahniah kepada SPRM dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu bentuk keadilan.

Menerusi posting berkenaan juga, Azwan dilihat sempat ‘mencabar’ anak saudaranya yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid merayu pertolongan daripada Azmin untuk dibebaskan daripada tahanan SPRM.

Dalam pada itu, Azwan juga dilihat tidak terlepas daripada melontarkan kata-kata kesat di dalam beberapa buah entri berkenaan.

Azwan turut menyifatkan penangkapan itu sebagai balasan daripada Tuhan di atas perbuatan keterlaluan anak saudaranya yang tidak menganggap Azwan sebagai bapa saudara ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul Fadli sebelum ini.


“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.

“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Sementara itu, Azmin juga tidak terlepas daripada tempias ‘kelancangan’ mulut Azwan memandangkan salah laku yang dipalit dengan nama menteri besar itu dianggap memalukan keluarga arwah ayahnya, Ali Omar.


Sebelum ini, SPRM telah menahan Nuzul Fadli di kediamannya yang berlokasi di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengahari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.

Nuzul Fadli beserta tiga lagi individu yang terdiri daripada dua pengarah syarikat dan seorang pengurus tapak projek telah ditahan bersama sejumlah wang bernilai lebih RM 4 juta.

Bukan itu sahaja, malah SPRM turut membekukan beberapa akaun milik syarikat terbabit dan keempat-empat suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula daripada tarikh penangkapan pada Rabu lepas.

Memetik beberapa sumber, MYNEWSHUB difahamkan Nuzul Fadli atau dikenali sebagai ‘Aboy’ sebenarnya tidak bekerja.

Tetapi, dia dipercayai mampu hidup mewah. –MYNEWSHUB.CC/AM

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk