22/12/2017

Bukti DAP Semakin Kurang Ajar & Zalim


Rakyat sedia maklum dengan tahap kezaliman kerajaan DAP negeri. Rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan pun ditindas tanpa mampu dipertahankan oleh Wan Azizah dan Dr Mahathir.

Regim DAP yang mentadbir Pulau Pinang selama 2 penggal semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri.

Mereka bukan sahaja menindas dan menzalimi kaum Melayu Pulau Pinang tetapi polisi pro-pemaju rejim tersebut telah menyebabkan kerajaan DAP turut berkonfrontasi dengan NGO-NGO yang sebelum ini menyokong parti cauvinis tersebut.

Malah, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng juga sedang bertelagah dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC).

Sebelum ini, kerajaan DAP dilaporkan tidak menyelesaikan pembayaran hutang kepada PCCC yang membantu menyelenggarakan perayaan Tahun Baru Cina. Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan RM80,000 untuk menganjurkan acara itu tetapi masih berhutang RM70,000 kepada PCCC.

Kelewatan dalam pembayaran itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud sebarang rasuah.

Konfrontasi PCCC dengan kerajaan DAP ini juga berlaku apabila sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Feb, mereka tidak puas hati dengan Kerajaan DAP di atas rancangannya untuk mengadakan perayaan negeri di jeti mereka untuk pertama kali

Ini adalah selepas kerajaan DAP memutuskan untuk mengadakan Festival Kebudayaan dan Warisan di lokasi yang sama di mana perayaan Ulang Tahun Jade Emperor yang biasanya diadakan.

Klan Cina itu melihat tindakan itu sebagai kurang ajar kerana tindakan kerajaan DAP itu mengganggu upacara tahunan mereka ke-109. Mereka tidak berpuas hati dan membantah tindakan kerajaan DAP itu.

Bagaimana pun, Lim Guan Eng dilaporkan telah mempertahankan sikap kurang ajar kerajaan DAP itu. Selain daripada itu, di antara isu lain ialah tempat letak kereta yang dibina di Jeti Chew, yang kemudiannya dirobohkan pada 2014 semasa pentadbiran Guan Eng.

Klan Cina itu telah memohon kepada agensi kerajaan Lim Guan Eng tetapi ianya tidak didengari walaupun klan itu telah membelanjakan kira-kira RM400,000 untuk tempat letak kereta tersebut. Selepas itu, Lim Guan Eng tidak dijemput pada Perayaan Jade Emperor.

Dan apabila portal pembangkang MalaysiaKini menghubungi Ketua Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pulau Pinang 2016 dan Ahli Parlimen Tanjung DAP Ng Wei Aik untuk mengulas, beliau berkata ianya "buang masa".

Yang terbaru, PCCC menyatakan pendirian bahawa sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baru Cina tidak akan diadakan pada tahun depan.

Pengerusinya Anthony Chang berkata keputusan itu adalah kerana kurangnya kerjasama dan sokongan daripada kerajaan DAP.

"Pada mulanya, kami memutuskan untuk sebuah pasukan baru dari bahagian pemuda kami, Jawatankuasa Pemuda PCCC, memimpin jawatankuasa kerja dalam merancang acara itu,"

"Walaupun menghantar beberapa surat tetapi tiada jawapan daripada kerajaan negeri." katanya.

Pertelingkahan di antara kerajaan DAP dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC) menimbulkan tanda tanya iaitu:

Apakah mereka masih mahu mengundi parti DAP pada PRU14 kelak setelah mereka dihina dan diperlekehkan terang-terangan oleh kerajaan DAP?

Regim DAP berkemungkinan besar akan bersandiwara dan menabur wang semasa berkempen nanti kononnya prihatin kepada PCCC untuk mendapatkan undi mereka

Tetapi jika menang sekali lagi, DAP sudah pasti akan kembali menganaktirikan PCCC seperti yang mereka lakukan kepada pihak lain di Pulau Pinang.

Kita percaya bahawa ubat kepada keegoan, sikap sombong dan angkuh DAP ini hanyalah dengan menolak dan tidak menyokong parti cauvinis pada pilihanraya umum kelak.

Sudah tiba masanya untuk NGO-NGO, PCCC dan kumpulan-kumpulan lain untuk tampil ke hadapan dan menolak segala kezaliman, korupsi dan penindasan regim DAP.
K7L : DAP musuh rakyat Malaysia!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk