19/12/2017

Cikgu Azizan Dilepas Dan Dibebaskan - Zaman Sekarang Budak Terlalu Manja!



Ramai yang menyokong Cikgu Azizan dan tak kurang juga yang mengkritik beliau kononnya tidak ada hak menampar pelajarnya yang mempunyai masalah disiplin.

Entahlah mungkin pada pendapat Keris, Apa yang Cikgu Azizan buat adalah tindakan yang bagus sebagai seorang pendidik yang mahu melihat anak didiknya menjadi manusia. Kalau sudah salah nak buat bagaimana.


Itu juga adalah contoh seorang bapa yang mahu melihat anaknya berjaya dimasa hadapan.
Permasaalahannya sekarang apabila ada ibu bapa yang tidak boleh menerima bahawa anak mereka memang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Tindakan ibu bapa pelajar yang membuat laporan polis terhadap Cikgu Azizan hanyalah untuk mengalihkan isu bahawa anak mereka memang bermasalah sekaligus memalukan keluarga.

Cuba kita bayangkan jika lepas ni guru guru mula merasa risau untuk menghukum para pelajar kerana takut diambil tindakan oleh ibu bapa, apa jadi akhirnya? Besok lusa Cikgu mengajar melalui Skype. Apa murid nak buat lantak.

Anak anak pula bebas melakukan apa sahaja semahu mereka kerana mereka merasakan bahawa mereka ada satu imuniti atau ada kekebalan yang tidak membolehkan cikgu melarang mereka.

Namun hari ini telah terbukti bahawa tindakan seorang guru itu tepat apabila mahkamah membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan yang dilemparkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Kepada ibu bapa pelajar berkenaan, sila bawa anak anda ke sekolah swasta atau bagi dia hidu gam sepenuh masa di rumah, mungkin dengan cara itu anak anda akan berjaya di masa hadapan.



K7L : Kita dulu nak mengadu pada mak ayah pun takut...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk