01/12/2017

LGE Ulangi Skrip Lama - Sumbang Dana Untuk Kroni Bukan Kerajaan Kelantan?




Lim Guan Eng dipercayai mengulangi skrip lama menyalurkan dana atas nama bantuan mangsa banjir, namun dana tersebut disalurkan untuk memperkasakan musuh-musuh politik Kerajaan PAS Kelantan.

“Lim Guan Eng bagi tangan siapa kali ni, melalui PAN Kelantan ka ??,” soal Zakiyamani Yamani dalam Facebook.

Zakiyamani membuat pertanyaan itu sebagai mengulas laporan Sinar Harian yang menyebut Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan kewangan RM100,000 bagi membantu penduduk di Kelantan yang dilanda banjir teruk sejak beberapa hari lalu.

Walau bagaimanapun dana berjumlah RM100,000 itu tidak disalurkan kesemuanya kepada Kerajaan PAS Kelantan, sebaliknya turut disalurkan kepada pihak lain yang tidak dinamakan.

“Sebagai tanda simpati, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada rakyat Kelantan.

“Sejumlah RM50,000 akan diberikan kepada kerajaan negeri dan RM50,000 lagi akan diberikan kepada NGO dari Kelantan,” katanya.

Semasa banjir 2014 melanda Kelantan, Guan Eng pernah menyalurkan dana sebanyak RM1.5 juta atas nama mangsa banjir, namun kebanyakan dana itu disalurkan kepada Datuk Husam Musa dan rangkain-rangkaiannya.

Guan Eng hanya menyalurkan RM250,000 sahaja kepada Kerajaan PAS Kelantan di atas nama Tabung Serambi Mekah, selebihnya disalurkan kepada Husam dan rangkainnya, termasuklah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (Amanah), Pertubuhan R Kelantan dan PASMA Kelantan.

K7L : Kelakar kan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk