13/12/2017

Tun Mahathir Punca Ramai Keluar Parti Pakatan?



Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Harapan mendorong Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan keluar PKR?

Selepas Dayangku Intan mengumumkan keluar parti pada Sabtu, ramai yang bertanya apakah punca-puncanya, secara berkias artis veteran itu menjawab dalam Twitternya.
“Dulu dia syaitan yang dikenali, sekarang dia malaikat yang tidak dikenali..Cuba teka siapa,”kata Dayangku Intan dalam Twitter.


Walaupun Dayangku Intan tidak menyebut nama ‘dia’ itu, namun ramai netizen menyimpulkan ia merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam PKR dan PH sendiri ada satu team yang tidak boleh terima kehadiran Tun M,
“Ramai jugak yang bertindak keluar parti, yang ketara kita tengok adalah DAP,

“Sekarang ini apa yang belaku kepada PKR tak ada bezanya, tindakan Dayangku Intan meninggalkan PKR dan PH jugak salah satu puncanya adalah Tun M …

“Apabila melihat tweet-tweet terbaru Dayangku Intan dapat kita simpulkan , Tun M adalah salah satu punca beliau meninggalkan PKR & PH. Sindrom kebencian terhadap Tun M di dalam PH umpama Api dalam sekam …,”kata Zakiyamani Yamani dalam Facebook.


K7L : Kah Kah Kah.. lawan Mahathir!....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk