09/01/2018

BR1M Carian Paling Popular Rakyat Malaysia Di Google Pada Tahun 2017




Carian berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan carian paling popular di Google untuk tahun 2017.

Perkataan BR1M menduduki tangga teratas trending bagi Google di Malaysia. Ia menunjukkan betapa rakyat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bantuan kerajaan itu yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah.

Tiada ada carian mengenai 1MDB yang popular di Google. Rakyat Malaysia lebih minat dengan BR1M.

Untuk tahun lepas, carian BR1M ialah yang paling tertinggi untuk semua jenis carian mengatasi semua carian lain termasuk hiburan, artis, sukan malahan tokoh politik. Di tangga kedua ialah carian tentang drama Hero Seorang Cinderella dan di tangga ketiga ialah carian tentang Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas.

Carian berkaitan BR1M bukan popular tahun 2017 sahaja, tahun 2016 ia juga di senarai lima teratas carian popular walaupun pada masa itu turut diadakan pertandingan bolasepak Euro 2016 dan juga ketika permainan digital Pokeman Go sedang popular di Malaysia. Ia menduduki tangga ketiga carian di Malaysia mendahulu carian berkaitan Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, yang juga diadakan pada tahun sama.

Pada tahun 2015, carian BR1M juga ditangga kedua popular jauh meninggalkan carian berkaitan filem Fast & Furios 7 yang turut popular pada tahun itu.

Cerita blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bahawa rakyat akan memihak pada mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan isu yang mereka bawa adalah popular, jauh meleset sama sekali.

Ini kerana pada ketiga-tiga tahun berkaitan tiada langsung carian berkaitan mereka atau isu yang mereka perjuangkan.

Di 10 tangga teratas, tidak ada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tak ada isu RM2.6 bilion apatah lagi tiada carian berkaitan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad.

Mahathir sungguh-sungguh kata rakyat memilih beliau dan pakatan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal tumbang selepas PRU14 ini, tapi carian di Google menunjukkan sebaliknya.

Malah sepanjang 2017, nama Datuk Seri Najib lebih popular di Google berbanding Mahathir di peringkat dunia dan juga di Malaysia.

BR1M mula diberikan kepada orang ramai pada 2012, dan ia memanfaatkan kira-kira 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang di seluruh negara. Ia kini diberi dengan jumlah RM1,200 kepada mereka yang jadi ketua isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Dek kerana terlalu popular, tarikh pendaftaran BR1M yang sepatutnya tamat 31 Disember lepas telah dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 25 Januari ini. Ia diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan melalui media sosial Twitternya pada Khamis lepas.

"Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan LHDN berdekatan," kata Najib.

DAP, PKR, PAN serta PPBM hanya syok sendiri menyatakan bahawa rakyat Malaysia akan memilih mereka pada PRU nanti. Memalukan kerana, perkara berkaitan pakatan amat hambar di internet dan tidak ramai orang yang mahu mengetahui berkaitan Mahathir dan pakatan pembangkangnya.

Ini kerana pakatan berkenaan menggabungkan orang lama yang rata-rata orang di Malaysia sudah tahu perangai mereka luar dan dalam. Pemimpin pakatan hanya mementingkan riwayat politik daripada kepentingan rakyat yang memerlukan bantuan dan perhatian kerajaan bukannya dengar fitnah dan borak retorik politik mereka.

Oleh sebab itu, mereka cari berkaitan BR1M di internet untuk mendapat maklumat lanjut dan ia membuktikan BR1M berjaya membantu ramai orang dan ia berjaya meringkankan beban rakyat. BR1M lagi popular berbanding isu isu persepsi pembangkang di Google.

K7L : Rakyat bersyukur.. jangan jadi macam pembangkang cari salah je..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk