07/01/2018

PCM Serah Bukti Baharu Kepada SPRM - Guan Eng Tak Tidur Malam?



Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM15 bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau meminta SPRM menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

“Kita mendapat beberapa bukti baharu daripada sumber tertentu dan hari ini kami serahkan kepada SPRM, biar mereka siasat secara telus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SPRM di sini.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM di sini untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas 

K7L : DAP semakin resah...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk