16/02/2018

Kadar Levi Dan Tol Laluan Kedua Turun!



Kadar levi dan tol bagi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diturunkan, mulai 13 Februari lepas, bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan terbabit berbanding Tambak Johor.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pengurangan kadar itu membabitkan levi kepada kenderaan komersial yang keluar masuk ke Malaysia dan kadar tol di luar waktu puncak bagi semua jenis kenderaan, kecuali motosikal.

Kadar baharu bagi kenderaan persendirian diturunkan daripada RM7.50 kepada RM4; teksi daripada RM5.70 kepada RM3; bas daripada RM9.10 kepada RM4.50; manakala kenderaan komersial bagi kelas 2 dan 3, masing-masing dikurangkan daripada RM17.10 dan RM34.30 kepada RM4.50 dan RM6.10, sama seperti kadar di Tambak Johor.

Levi kenderaan komersial di Linkedua, dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Malaysia berbanding kadar asal di antara RM100 hingga RM200.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, langkah itu dijangka dapat mengurangkan kenderaan komersial di Tambak Johor sebanyak 40 peratus.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua, iaitu di antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi kepada semua kenderaan kecuali motosikal, dikurangkan 47 hingga 82 peratus, mengikut kelas.

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands North, Singapura, pula dijangka mula beroperasi pada tahun 2024.

RTS dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam pada masa ini dengan kemampuan menampung sejumlah 10,000 penumpang sejam satu arah (pphpd).
Dalam perkembangan lain, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan ulang-alik shuttle Tebrau daripada 26 kepada 31 perjalanan setiap hari, bagi membolehkan sejumlah 1,500 penumpang tambahan menyeberangi Tambak Johor yang ketika ini berjumlah 7,783 sehari.

Langkah itu dapat memberi manfaat kepada pengguna harian yang tidak perlu lagi keluar lebih awal setiap hari untuk mengelakkan kesesakan, sekali gus meningkatkan industri pelancongan negara.

Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, juga ditubuhkan bagi mengenal pasti dan membincangkan langkah jangka panjang termasuk mengadakan hanya satu pusat pemeriksaan antara Malaysia dan Singapura bagi menambah baik pengurusan trafik di Tambak Johor.

K7L : Apa lagi kau mahu?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk