02/03/2018

Pemimpin PAS Akui BR1M Bantu Rakyat?



Pemimpin PAS, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sendiri mengakui bahawa usaha kerajaan membantu rakyat menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disambut baik kerana mampu memberi kelegaan kepada rakyat.

Bagaimanapun beliau mahu kerajaan memikirkan cadangan mengurangkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) ataupun memansuhkannya langsung kerana dakwanya menjadi punca tekanan dan kos hidup semakin tinggi.

Bagi saya GST sangat penting untuk negara kerana ianya sistem percukaian terbaik yang diamalkan lebih dari 160 buah negara di seluruh dunia dari keseluruhan 193 buah negara di bawah PBB dan Malaysia merupakan negara yang mengenakan kadar terendah di dunia.

Tanpa GST bagaimana sebuah negara mahu dibangunkan. Tanpa GST ekonomi negara akan terjejas teruk yang bakal  menyebabkan penarafan kredit negara ini diturunkan, kos pinjaman meningkat dan negara juga akan kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan langsung asing. Malah, ini akan menyebabkan rakyat biasa terjejas serta sengsara.

Ianya soal menitikberatkan kepentingan jangka panjang untuk negara dan rakyat walaupun ia bukan tindakan yang popular yang sering dimanipulasi dan diputarbelit untuk kepentingan politik pembangkang.

Jadi tidak hairan dalam apa keadaan pun yang jelas kerajaan persekutuan tetap membantu Kelantan.  - Utusan

K7L : Pembangkang yang baik..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk