06/04/2018

Umum Manifesto Dan Ubah Selepas 17 Hari - Penipu Punya Parti!



Ibarat sebuah tin kosong, berbunyi bingit namun tiada erti - itulah sebaik-baik perumpamaan menggambarkan janji-janji manis diberikan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah sebelum manifesto dibentangkan, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang diucapkan, kononnya tidak cukup dana.

"Kita tidak akan membuat kenyataan yang kita tahu tak boleh tunaikan, melihat kepada kedudukan ekonimi semasa negara," kata Mahathir, dipetik NST.

Dan baru 17 hari sahaja selepas melancarkan manifesto, didalam temubual bersama Singapore Sunday Yimes, Mahathir sekali lagi mengakui bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan semua janjinya.

"Kadangkala, saya rasa bahawa kita mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji. Parti kami, rakan-rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis. Mereka suka memberi kepada orang ramai.

"Saya beritahu mereka ianya tidak boleh ditunaikan. Anda mahu memansuhkan semua tol lebuhraya? Saya kata, lihat, kita perlu menyelenggara jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan.

"Dari mana anda mahu mendapatkan wang jika anda mahu menyelenggara semua lebuhraya sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti, jadi mereka lebih gemar memberikan janji," kata pemimpin 93 tahun itu, walaupun ahli-ahli pembangkang lain pasti bahawa pemimpinnya akan menunaikan janji manifesto mereka.

Sementara Pakatan Harapan sebelum ini berjanji untuk menghapuskan semua tol didalam negara, Mahathir dalam temubual sama berkata, "Saya tidak boleh terima kita akan memansuhkan tol."

Walaubagaiamanapun, semalam (3 April), bekas Perdana Menteri itu menjelaskan dalam sidang media, pemansuhan tol boleh dilaksanakan "berperingkat-peringkat" dan "mengikut terma kontrak" dengan semua konsesi, katanya dipetik Malay Mail,


Sementara, Pakatan harapan turut berjanji untuk memberi pendidikan percuma, Bernama melaporkan bahawa Mahathir menyatakan beliau tidak berniat untuk memberikan pendidikan percuma, tetapi memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak.

"Biasanya, benda percuma dianggap sebagai tidak bernilai.. Oleh itu, Pakatan Harapan akan menawarkan biasiswa di semua peringkat pendidikan," ujarnya.

Pada masa sama juga, beliau ingin menghapuskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika pembangkang menang PRU14 - ekoran katanya kos projek bernilai RM55 bilion dan tidak menguntungkan apabila ianya siap kelak.

"Kita akan hentikan (ECRL) dimana ianya sudahpun mula dibina," tambahnya.

Salah satu janji populis Pakatan Harapan adalah untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% dan mengembalikan 10% dan 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) - mendakwa ianya bukanlah satu masalah kerana terdapat pelbagai sumber dan inisiatif lain untuk meningkatkan pendapatan negara.

Walaubagaimanapun, sementara Pakatan Harapan dilihat begitu yakin dengan tindakannya tidak akan menjejaskan negara, pakar ekonomi dari Bank Dunia menyatakan kebimbangannya kerana negara sudahpun mengutip RM41 bilion menerusi GST akan meningkatkan cukai-cukai lain dan mengurangkan perbelanjaan atau membuat perbelanjaan defisit.

Tindakan ini dilihat sebagai tindakan kebelakang ekoran SST merupakan sustem lama yang sudahpun ditolak 160 negara lain didunia, dan Malaysia, dibawah pimpinan Mahathir, sekiranya Pakatan Harapan menang, akan menjadi negara pertama membuat pusingan-U ini.

Jelas, kesemua pusingan U termasuk banyak lagi oleh Mahathir merupakan gambaran bahawa pembangkang kini tidak sehaluan dan setiap satu daripadanya mempunyai agenda tersendiri bahawa mereka sanggup menggadaikan prinsip mereka demi manfaat jangka pendek.

- mD


K7L : Apa punya tur...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk