01/05/2018

Pertembungan Epik - Antara Masa Depan Dan Masa Silam



KUALA LUMPUR: Pelbagai peristiwa masa lalu telah mempengaruhi strategi yang di guna pakai oleh kedua belah blok parti politik yang membawa kepada apa yang dijangka akan menjadi pertembungan epik Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sepanjang minggu berkempen ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BSNC), Eric See-To, dalam satu wawancara eksklusif dengan AFP, berkongsi sedikit mengenai kisah disebalik pertembungan dalam PRU-14-yang mempunyai kaitan ketika hubungan antara bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan protege-nya, Najib Razak , anak lelaki Perdana Menteri kedua Malaysia, Abdul Razak Hussein, mulai tegang pada tahun 2009.

Najib merasakan sudah sampai masanya beliau keluar dari bayangan Mahathir serta bekas perdana menteri terdahulu dan membawa visi serta transformasi untuk pembangunan Malaysia.

Hubungan antara mereka berdua bermula apabila Mahathir dibawa kembali semula ke dalam UMNO, parti politik paling berpengaruh di Malaysia, pada tahun 1971 oleh Tun Razak selepas beliau disingkirkan dari parti oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.

"Mahathir percaya bahawa dengan menjadi mentor kepada Najib, dia telah membalas budi Tun Razak kerana beliau merasakan bahawa dia perlu membantu Najib setelah Tun Razak menerima beliau kembali ke UMNO, dan juga prestasi menunjukkan bahawa kerjaya politik Najib sangat baik."

Kerjaya Politik Najib bermula sangat awal- menjadi anak perdana menteri kedua dan anak saudara kepada perdana menteri ketiga, Hussein Onn. Debut pertama Najib ke dalam politik bermula pada awal usia 23 tahun dan dia memegang pelbagai portfolio semasa beliau dalam Kabinet.

"Prestasi beliau mengagumkan sebagai Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986 dan kemudiannya berkhidmat dalam pelbagai portfolio, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan juga sebagai Menteri Belia dan Sukan," kata See-To.

Beliau berkata hubungan Mahathir-Najib mula retak pada tahun 2009 apabila Mukhriz bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dan kalah kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri keempat, Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun kalah, Mukhriz tidak menyerah.

See-To berkata Mukhriz, yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 2013, kemudian  menyasarkan kerusi Naib Presiden UMNO, dan bukannya bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO, seperti perkara biasa yang dilakukan dalam UMNO.

Beliau tewas kepada sepupu Najib.

Hishammuddin Hussein, kemudian mendesak untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi, tetapi ditolak oleh Najib, atas sebab Perdana Menteri tersebut percaya Mukhriz masih memerlukan masa dan membuktikan dirinya dahulu sebagai Menteri Besar. "

Berikutan penolakan itu, pada Disember 2013, Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya daripada kedudukan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atas alasan masalah kesihatan.

"Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya pada hari pertama mesyuarat Majlis Tertinggi dan sehari selepas Pemilihan Umum UMNO. Ia adalah cara untuk mempamerkan kekecewaan beliau terhadap keputusan Najib. "

Walaupun di khabarkan mengalami masalah kesihatan, beberapa bulan kemudian, Mahathir menerima jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd pada Mei 2014.

Proton pada masa itu mengalami kerugian dan memerlukan geran kerajaan sehingga RM3 bilion untuk bantuan menyelamatkan syarikat. Apabila permintaan geran itu ditolak, pada Ogos tahun yang sama, Mahathir mengumumkan bahawa beliau telah menarik sokongannya terhadap Najib, "kata See-To.

"Mahathir percaya bahawa beliau sentiasa betul dan itulah sebabnya beliau akan melakukan apa sahaja yang diperlukan, termasuklah menggunakan helah kotor, untuk menegakkan semula prinsipnya terhadap semua perkara dan mengatakan apa sahaja yang ingin didengar oleh orang ramai hanya untuk menjadi dominan kerana amat memalukan sekiranya beliau tewas kepada anak didiknya. "

Nampaknya ramai yang percaya bahawa ketidakpuasan Mahathir turut dikaitkan dengan dasar Najib untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikritik hebat serta persepsi bahawa beliau menyukai produk import berbanding produk tempatan, dengan tindakannya untuk tidak menyokong syarikat milik persendirian, DRB-Hicom

See-To juga mengatakan bahawa beliau percaya Najib bukan menjauhkan diri dari bekas mentornya tetapi dia perlu membuat perancangan transformasi dan sebahagian daripadanya adalah untuk membetulkan masalah dari masa lalu.

Najib enggan mengulangi kesilapan yang dilakukan semasa zaman Mahathir menjadi pemimpin, khususnya mengenai penswastaan aset kerajaan negara kepada kroni yang tidak layak.

"Najib adalah mangsa terhadap keikhlasan beliau untuk mengubah Malaysia, bergerak dari masa lalu.

“Sekiranya beliau mengikut segala tuntutan Mahathir, itu bermakna status quo dan tidak ada transformasi, "katanya.

See-To menganggap bahawa Mahathir telah salah dalam percaturannya dan mengandaikan Najib mudah digulingkan serta memandang rendah keputusan Najib untuk membawa negara ke hadapan dengan memenuhi visinya membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, membangun serta inklusif.

Dengan sokongan kuat UMNO terhadap Najib, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain untuk meninggalkan parti dan cepat mencari pengaruh kuasa - yang menyebabkan beliau bekerjasama dengan pembangkang, Pakatan Harapan - musuh yang disumpah seranah berdekad lamanya oleh beliau.

Mereka telah bermusuh selama bertahun-tahun tetapi ironinya, Pakatan yang mulanya mahu menggulingkan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia kini membawa Mahathir kembali berkuasa untuk menyelamatkan Malaysia, "katanya.

See-To mendakwa bahawa Mahathir tidak mempunyai matlamat untuk masa depan negara, memetik ucapan manifesto beliau.

"Video di Youtube menunjukkan bahawa beliau sebenarnya menyebut manifesto pakatan hanya tiga kali, sementara dia menyebut nama Najib sebanyak 120 kali.


Kemudian, apabila ditanya mengenai manifesto itu, Mahathir tidak tahu apa yang dijanjikan, malah mengakui bahawa manifesto itu tidak realistik, seperti menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan dan memansuhkan tol. Bagi Mahathir, ia adalah tunggangannya untuk memerangi dan memalukan Najib untuk memenuhi kehendaknya bagi membalas dendam."

See-To mengatakan bahawa sekiranya Najib memberikan segala tuntutan Mahathir dan menyokong cita-cita Mukhriz, tidak akan ada provokasi seperti itu.

Secara politik dan ekonomi, sekiranya Najib tunduk kepada tuntutan Mahathir, ia akan mengakibatkan Malaysia terus mengalami ketidakadilan dari segi pendapatan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan yang lebih besar antara golongan kaya dan miskin. "Najib mahu Malaysia lebih inklusif di mana rakyat di Sabah dan Sarawak juga menikmati pembangunan yang sama seperti Semenanjung Malaysia.

"Pada masa lalu, Mahathir tidak menyokong pemberian wang tunai kerajaan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelaksanaan gaji minimum tetapi ini adalah dua alat yang telah membantu menjadikan Malaysia lebih saksama berbanding sebelum ini, dan meningkatkan pendapatan isi rumah Kumpulan Di Bawah -40. "


Dengan pilihan raya hanya tinggal dua minggu lagi, semua analisis dan laporan bank, serta media asing, meramalkan Barisan Nasional (BN)akan terus berkuasa.

"Pakatan Rakyat - satu gabungan politik yang dibentuk oleh PKR, DAP, dan PAS berjaya dalam pilihan raya umum lepas kerana sokongan kuat dari PAS, parti politik kedua terbesar di Malaysia."

Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat terhapus berikutan pilihan raya umum ke-13 selepas DAP dan PAS tidak sependapat mengenai perkara-perkara yang melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah. Ini membawa kepada pembentukan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

"Mendengar maklum balas dari rakyat, saya percaya bahawa Mahathir tidak akan dapat mencipta 'tsunami Melayu' yang diharapkan oleh Pakatan Harapan.


“Reaksi juga jelas menunjukkan bahawa rakyat terkejut bahawa Pakatan kini bekerja dengan musuh yang membenci mereka. Akan ada tindak balas untuk menghukum pakatan kerana mengkhianati kepercayaan mereka dan membelakangi prinsip mereka."

See-To menambah bahawa sekiranya Mahathir dan Pakatan menang pilihanraya, tidak mustahil mereka akan membenarkan Mahathir mengawal segalanya.

"Saya cuma takut bahawa penyokong Mahathir dan beliau sendiri akan kecewa kerana ditikam dari belakang kerana PKR telah menyatakan pada masa lalu bahawa mereka akan mengadakan suruhanjaya mengenai kesalahan dilakukan Mahathir semasa menjadi perdana menteri."

Daripada sudut ekonomi, See-To berkata, para penganalisis bank telah menyatakan bahawa kemenangan BN akan membawa kesinambungan terhadap pertumbuhan dan rangsangan positif terhadap ekonomi pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, kemenangan Pakatan bermakna dana akan mengalir keluar, penurunan nilai ringgit dan ketidakupayaan Malaysia mencapai sasarannya - semua akan berlaku jika Pakatan memenuhi janji-janjinya dan melaksanakan manifestonya."

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk